awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Tun Mahathir gesa kerajaan perhebat bantuan untuk mangsa banjir Aceh
OPS Selera: Imigresen serbu kedai makan terkenal di Kampung Baru
Darurat diisyihtiar di selatan California susulan ribut musim sejuk yang kuat
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Penganjur, pengunjung parti liar kolam renang dikompaun RM1.56 juta

Sinar Harian
Sinar Harian
06/12/2021
07:08 MYT
Penganjur, pengunjung parti liar kolam renang dikompaun RM1.56 juta
Kesemua 216 individu warga asing yang ditangkap kemudian dibawa ke Ibu Pejabat Polis Daerah Brickfields untuk siasatan lanjut. - Sinar Harian
KUALA LUMPUR : Polis telah mengeluarkan kompaun bernilai RM1,565,000 terhadap penganjur dan pengunjung yang disyaki terlibat dalam parti liar di kolam renang sebuah kelab persendirian terkemuka di sini pada Ahad.
Ketua Polis Daerah Brickfields, Asisten Komisioner Amihizam Abdul Shukor berkata, pihaknya telah mengeluarkan kompaun sebanyak RM50,000 kepada penganjur manakala pengunjung tempatan seramai 87 orang dikenakan kompaun sebanyak RM435,000.
"Pengunjung warga asing seramai 216 pula telah dikenakan kompaun sebanyak RM1,080,000, keseluruhan kompaun dikeluarkan ialah RM1,565,000," katanya melalui kenyataan pada Isnin.
Amihizam berkata, pihaknya telah menjalankan pemeriksaan terhadap 303 individu dan menahan 216 daripadanya.
“Kesemua yang diperiksa terdiri daripada 55 wanita dan 161 lelaki warga asing manakala 87 individu adalah warga tempatan," katanya.
Beliau berkata, hasil pemeriksaan mendapati, semua individu yang diperiksa didapati gagal mematuhi prosedur operasi standard (SOP) yang ditetapkan Majlis Keselamatan Negara (MKN) iaitu berkumpul di suatu tempat hingga menyukarkan penjarakan fizikal.
"Kesemua 216 individu warga asing yang ditangkap kemudian dibawa ke Ibu Pejabat Polis Daerah Brickfields untuk siasatan lanjut,” katanya.
* Artikel asal di Sinar Harian
Topic Berkaitan
#parti liar
#SOP
#MKN
#denda
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan