awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Arab Saudi catat lebih 11.9 juta jemaah umrah pada bulan Jumada al-Akhirah
UNMISS: 13 Pegawai PDRM selamat tiba di tanah air dari Sudan Selatan
Kanak-kanak 10 tahun maut dalam kemalangan di Kuala Krai
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Penganjur, peserta mogok lapar akan dipanggil polis

Sinar Harian
Sinar Harian
04/08/2023
05:10 MYT
Penganjur, peserta mogok lapar akan dipanggil polis
Hussein berkata, peserta mogok lapar itu juga dilaporkan telah bersurai dan pihak polis akan memanggil mereka ini untuk membantu siasatan. - Foto fail/Sinar Harian
SHAH ALAM : Penganjur dan peserta kumpulan mogok lapar di hadapan pintu masuk Penjara Sungai Buloh akan dipanggil polis dalam masa terdekat.
Ketua Polis Selangor, Datuk Hussein Omar Khan berkata, pihaknya akan merakam percakapan mereka yang terlibat.
"Siasatan dijalankan di bawah Akta Perhimpunan Aman 2012.
"Peserta mogok lapar itu juga dilaporkan telah bersurai dan pihak polis akan memanggil mereka ini untuk membantu siasatan," katanya kepada Sinar Harian pada Jumaat.
Media sebelum ini melaporkan, kira-kira 100 ahli keluarga kepada 69 tahanan bawah Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-langkah Khas) 2012 (SOSMA) melancarkan mogok lapar di hadapan Penjara Sungai Buloh sejak Isnin.
Presiden Kebangsaan Nambikkai, Datuk Dr Kalai Vanar dilaporkan berkata, bantahan itu adalah untuk menggesa kerajaan membebaskan semua tahanan dan memansuhkan undang-undang pencegahan.
Dakwanya, tahanan SOSMA ditahan di dua penjara iaitu 34 orang di Penjara Sungai Buloh dan selebihnya di Penjara Alor Setar.
Susulan itu, Timbalan Menteri di Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-Undang dan Reformasi Institusi), Ramkarpal Singh telah menegaskan ahli keluarga kepada tahanan SOSMA diminta menamatkan tindakan mogok lapar itu. - Sinar Harian
Topic Berkaitan
#mogok
#Penjara Sungai Buloh
#polis
#Hussein Omar Khan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan