Terkini: Inkues kematian Zara Qairina – Ikuti Perkembangan di Sini
MALAYSIA

Penganjuran NICE 2025 pacu evolusi ekosistem inovasi negara

Faida Rahim 07/10/2025 | 12:59 MYT
NICE 2025 akan menghimpunkan pelbagai komponen penting termasuk pameran teknologi, persidangan dasar, padanan perniagaan serta pelancaran pelan tindakan kebangsaan, semuanya di bawah satu bumbung - Foto Astro AWANI
KUALA LUMPUR: Ekspo Inovasi dan Pengkomersialan Negara (NICE) 2025 muncul sebagai platform utama yang memperkukuh ekosistem inovasi Malaysia, sekali gus menjadi pemangkin kepada pembangunan teknologi dan pengkomersialan idea baharu.

Menurut Ketua Pegawai Strategi Malaysian Research Accelerator for Technology and Innovation (MRANTI), Khalid Yashaiya, penganjuran NICE 2025 adalah evolusi daripada Malaysia Commercialisation Year (MCY) Summit yang telah berlangsung sejak 2016, namun kali ini dengan pendekatan lebih inklusif dan menyeluruh.

"Pada tahun ini, kita ikut pengurusan MOSTI di mana kita telah menggabungkan beberapa platform dan acara daripada pelbagai pihak termasuk pemain industri untuk bertemu di lokasi yang sama.

"Kejayaan ini adalah hasil daripada penyertaan mereka yang kita raih bersama, tetapi tahun ini dengan jumlah penyertaan yang lebih ramai," katanya.

Ketua Pegawai Strategi Malaysian Research Accelerator for Technology and Innovation (MRANTI), Khalid Yashaiya



Beliau berkata demikian selepas majlis pelancaran ekspo inovasi dan pengkomersialan negara (NICE 2025) di sini pada Isnin.

Menurut Khalid, NICE 2025 akan menghimpunkan pelbagai komponen penting termasuk pameran teknologi, persidangan dasar, padanan perniagaan serta pelancaran pelan tindakan kebangsaan, semuanya di bawah satu bumbung.

Ketua Pegawai Ekosistem MRANTI, Safuan Zairi berkata, I-nation, komponen utama dalam penganjuran NICE 2025, bakal menjadi platform strategik yang menghimpunkan pemain industri inovasi dalam usaha memperkukuh ekosistem inovasi negara.


Dalam pada itu, Ketua Pegawai Ekosistem MRANTI, Safuan Zairi berkata, I-nation, komponen utama dalam penganjuran NICE 2025, bakal menjadi platform strategik yang menghimpunkan pemain industri inovasi dalam usaha memperkukuh ekosistem inovasi negara.

"Bukan setakat persidangan, penganjuran NICE 2025 merupakan tempat pertemuan pemain inovasi, penyelidik, start up, teknologi SME, Kerajaan, agensi dan orang ramai yang mana mereka boleh berkongsi idea, khususnya idea berkenaan inovasi, spesifikasi yang akan memberikan impak kepada negara," katanya.

Pengarah Komunikasi Strategik, MRANTI, Adit Rahim berkata persidangan I-nation yang menjadi komponen utama dalam NICE 2025 bakal menampilkan pelbagai sesi menarik yang menyentuh isu teknologi dan sosial semasa, dengan pendekatan praktikal merangkumi dasar, inovasi dan impak kepada masyarakat.


Sementara itu, Pengarah Komunikasi Strategik, MRANTI, Adit Rahim berkata persidangan I-nation yang menjadi komponen utama dalam NICE 2025 bakal menampilkan pelbagai sesi menarik yang menyentuh isu teknologi dan sosial semasa, dengan pendekatan praktikal merangkumi dasar, inovasi dan impak kepada masyarakat.

"Pengisian untuk NICE 2025 ini sangat komprehensif, yang mana hari pertama kita mengadakan perkongsian tentang dana, menghimpunkan pemain industri, penyelidik yang amat disarankan hadir.

"Contohnya pada hari pertama kita buat perkongsian mengenai fund connect, hari kedua tentang kecerdasan buatan (AI), mengenai teknologi kesihatan manakala hari ketiga kita berbincang tentang komitmen untuk selesaikan isu keterjaminan makanan," katanya.

Dalam masa sama, NICE 2025 turut membincangkan potensi Malaysia untuk muncul sebagai kuasa teknologi utama di rantau Asean.

Sementara itu, orang ramai dijemput menghadiri NICE 2025 dari 6 hingga 9 Oktober di Pusat Dagangan Dunia di Kuala Lumpur yang mana acara memainkan peranan dalam membentuk masa depan Malaysia.












#NICE 2025 #teknologi AI #ASEAN 2025 #teknologi