Penganugerahan kewarganegaraan Malaysia merupakan anugerah tertinggi dan hak eksklusif Kerajaan Persekutuan yang tidak diberikan sewenang-wenangnya kepada sesiapa.
Timbalan Menteri Dalam Negeri, Datuk Mohd Azis Jamman menegaskan, ia sekali gus menafikan dakwaan kerajaan memudahkan untuk memberi taraf kewarganegaraan kepada pelancong-pelancong dari China dan Hong Kong seperti yang dibangkitkan oleh beberapa Ahli Parlimen.
Pertimbangan terhadap permohonan kewarganegaraan adalah selaras dengan peruntukan di bawah Bahagian III Perlembagaan Persekutuan, Citizenship Rules 1964 [LN82/1964] serta perundangan berkaitan yang berkuat kuasa dalam isu pendaftaran perkahwinan, kesahtarafan anak, peraturan imigresen dan lain-lain,” katanya.
Azis berkata demikian ketika menjawab soalan Awang Solahudin Hashim (Pas- Pendang) mengenai syarat-syarat permohonan rakyat asing yang mahu menjadi warganegara Malaysia dan dakwaaan bahawa Kerajaan telah memudahkan untuk memberi taraf warganegara kepada pelancong-pelancong yang datang dari tanah besar China dan Hong Kong.
Dalam pada itu, Azis menegaskan, kementeriannya juga mengambil maklum dakwaan “Terdapat 200 Ribu Penerima Sijil Kewarganegaraan Baru Ikrar Sedia Balas Budi Kerajaan PH” yang tular di media sosial “Facebook” dan “Twitter” oleh individu bernama Tengku Raja Alam Shah.
“Sehubungan dengan itu, satu kenyataan rasmi telah dikeluarkan oleh KDN bagi menafikan dakwaan tersebut dan meminta pihak yang bertanggungjawab tampil membuktikan dakwaan tersebut adalah sahih dan bukan bersifat tohmahan semata-mata.
“KDN melalui JPN memandang serius mengenai perkara ini dan satu laporan polis telah dibuat oleh Ketua Pengarah JPN sendiri pada 29 September 2019 di Ibu Pejabat Polis Daerah Putrajaya agar siasatan dapat dilakukan terhadap pemilik akaun media sosial tersebut,” jelasnya lagi.
Wan Syamsul Amly
Mon Nov 18 2019

Azis menegaskan, kementeriannya juga mengambil maklum dakwaan "Terdapat 200 Ribu Penerima Sijil Kewarganegaraan Baru Ikrar Sedia Balas Budi Kerajaan PH" yang tular di media sosial oleh individu bernama Tengku Raja Alam Shah. - Gambar fail

PdPR: Pedagogi dan kurikulum perlu diubah
Proses PdPR yang diperluas pelaksanaannya tahun ini, menimbulkan reaksi pelbagai. Bekas Menteri Pendidikan, Dr Maszlee Malik berpendapat kurikulum dan pedagogi PdPR perlu berubah mengikut kesesuaian semasa antara murid dan guru.

Banjir | APM sedia hadapi kemungkinan berlaku banjir
Angkatan Pertahanan Awam (APM) Malaysia bahagian Tawau sentiasa bersiap sedia menghadapi sebarang kemungkinan akan berlakunya banjir di daerah itu, kata Pegawai ANgkatan Pertahanan Awam Tawau, Kamten Hussaun Mohd Noor.

IPSOS | Tahap keresahan dan stress berdepan COVID-19
Hasil tinjauan firma IPSOS itu mendapati tahap keresahan rakyat negara ini berhubung situasi pekerjaan adalah 74 peratus berbanding 56 peratus di peringkat global. Kita bersama di talian Skype iala Pakar Undang-Undang Wanita, Keluarga dan Kanak-Kanak Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Prof Datuk Noor Aziah Mohd Awal.

COVID-19 | Pantau pesakit melalui CAC, apa perlu kita fahami?
CAC akan mengklasifikasi tahap pesakit COVID-19 untuk menentukan pengurusan pesakit yang seterusnya, termasuk kelulusan rawatan di rumah. Untuk memahami perkara ini kita bersama Presiden Persatuan Pakar Perubatan Kesihatan Awam Datuk Dr Zainal Ariffin Omar.

PdPR: Guru sudah mula ambil pendekatakan pengajaran santai, perlu kerjasama utuh semua pihak
Tutor Matematik, Uzairi Taib menjelaskan ketika ini ada sebilangan guru yang mengambil pendekatan sama sepertinya untuk memastikan tumpuan pelajar itu terjamin semasa PdPR. Beliau pada masa sama turut menggesa agar semua pihak berkejersama sebagai satu pasukan dalam memastikan sesi pengajaran dan pembelaran di rumah (PdPR) berjalan dengan lancar.

PdPR: Akui sukar mengajar atas talian, Sir Uzairi tetap cuba adaptasi norma baharu
Guru yang cukup sinonim dengan gaya santai semasa mengajar, Uzairi Taib turut mengakui berdepan kesukaran untuk mengajar secara atas talian pada awal sesi pengajaran dan pembelaran di rumah (PdPR) bermula tahun lepas. Namu, beliau mengatasinya dengan mengadaptasi kepada norma baharu dan tidak takut untuk mencuba sesuatu yang baharu demi kepentingan bersama antara guru, pelajar dan ibu bapa.

AWANI Pagi: Kekangan PdPR, Peranti dan Menguruskan Pelajar
Umum sedia maklum bahawa proses Pengajaran dan Pembelajaran di Rumah (PdPR) telahpun bermula 20 Januari lepas. Ia melibatkan semua murid sekolah rendah dan murid tingakatan 1 hingga 5. Pelbagai pihak juga sudah mengemukakan ulasan dan reaksi awal berkenaan perkara ini. Dan hari ini kita nak berbincang dengan lebih lanjut bersama tiga individu yang merupakan pemegang taruh dalam institusi pendidikan. Kita bersama, Dr Maszlee Malik, bekas Menteri Pendidikan, Nurul Rifayah Muhammad Iqbal, Aktivis Pelajar / calon SPM dan Uzairi Taib, Tutor Matematik.

COVID-19: Belgium umum larangan perjalanan percutian
Perdana menterinya, Alexander De Croo menjelaskan, perjalanan percutian berkemungkinan meningkatkan risiko jangkitan.

Republikan minta Demokrat tangguh prosiding Trump
Beberapa pemimpin Demokrat turut menyokong penangguhan tarikh itu atas alasan ia memberikan lebih masa untuk Senat mengesahkan calon barisan Kabinet Joe Biden.

AWANI Global: Peluang memperkukuhkan dagangan dua hala Malaysia-Itali
Bersama Duta Besar Itali ke Malaysia, Tuan Yang Terutama Cristiano Maggipinto melihat hubungan dagangan Malaysia - Itali dalam pandemik COVID-19 dan peranan sebagai rakan pembangunan ASEAN yang baharu. Semua ini dalam AWANI Global.

Penganugerahan kewarganegaraan hak eksklusif kerajaan - Mohd Azis
Ia sekali gus menafikan dakwaan kerajaan memudahkan untuk memberi taraf kewarganegaraan kepada pelancong-pelancong dari China dan Hong Kong.