KUALA LUMPUR: Seorang pengarah syarikat agensi pelancongan didakwa di Mahkamah Sesyen di sini hari ini atas pertuduhan mengiklankan perkhidmatan pakej haji furada tanpa lesen pengelola jemaah haji yang sah daripada Lembaga Tabung Haji, Mei lepas.
Agus Rizal Mat Ali, 50, pengarah syarikat UC Travel Sdn Bhd, mengaku tidak bersalah atas pertuduhan mengiklankan perkhidmatan pakej haji furada bagi musim 2022M/1443H dengan memuat naik di media sosial Facebook milik syarikat itu, bahawa dia boleh menjalankan atau membuat transaksi perniagaan sebagai pengelola perjalanan haji ke tanah suci.
Perbuatan itu bagi tujuan menunaikan haji sedangkan syarikat tersebut tidak mempunyai lesen pengelola jemaah haji secara sah daripada Lembaga Tabung Haji.
Agus Rizal didakwa melakukan perbuatan itu di pejabatnya di Platinum Walk, Jalan Langkawi 2, Danau Kota di sini pada 9 Mei lepas.
Pertuduhan mengikut Seksyen 27 (1) (b) Akta Tabung Haji 1995 dan boleh dihukum di bawah Seksyen 27 (2) akta sama yang membawa hukuman denda maksimum RM100,000 atau penjara selama tempoh tidak melebihi setahun atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan.
Pada prosiding di hadapan Hakim Kamarudin Kamsun itu, pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya, Nur Aqilah Ishak dan Hanis Anisha Jamilludin manakala peguam Datuk Dhanaraj Vasudevan dan Ho Cheng En mewakili tertuduh.
Mahkamah membenarkan tertuduh diikat jamin RM50,000 dengan seorang penjamin selain menetapkan 8 Sept ini untuk sebutan semula kes.
Pada 2 Ogos lepas, media melaporkan, sebanyak 132 laporan polis berhubung kes penipuan pakej menunaikan ibadah haji dan umrah menggunakan visa furada direkodkan setakat 31 Julai lalu membabitkan kerugian lebih RM5.6 juta.
Visa furada ialah visa yang diuruskan sendiri dan dilaporkan dikeluarkan oleh Arab Saudi, tanpa membabitkan jumlah kuota yang diperoleh TH. - BERNAMA
Bernama
Tue Aug 09 2022
Seorang pengarah syarikat agensi pelancongan didakwa di Mahkamah Sesyen di sini hari ini atas pertuduhan mengiklankan perkhidmatan pakej haji furada tanpa lesen pengelola jemaah haji yang sah daripada Lembaga Tabung Haji, Mei lepas.
DNB umum ahli lembaga pengarah baharu merangkumi lima pengendali rangkaian mudah alih
DNB melantik ahli lembaga pengarah baharu, yang terdiri daripada pemimpin-pemimpin kanan industri telekomunikasi dan teknologi.
Warga emas maut langgar penghadang besi di Gua Musang
Seorang lelaki warga emas maut selepas kenderaan dipandunya terlanggar penghadang besi di Jalan Persiaran Raya susur Taman Damar, Gua Musang.
Tun Abdullah dimasukkan ke IJN, dalam keadaan stabil - Keluarga
Keadaan Abdullah dilaporkan stabil dan masih dirawat di Unit Penjagaan Koronari (Coronary Care Unit).
[TERKINI] Tun Abdullah dimasukkan ke IJN, keadaan stabil
Tun Abdullah Ahmad Badawi telah dimasukkan ke Institut Jantung Negara pada Rabu kerana mengalami Small Spontaneous Pneumothorax.
[TERKINI] UM mohon maaf, ambil tindakan segera tangani situasi
Universiti Malaya kesal dengan kenyataan kontroversi penceramah jemputan warga asing yang tidak menghormati sentimen masyarakat seperti tular dalam laman media sosial.
Malaysia-Jepun tekad perkukuh kerjasama dalam sektor pembinaan
Menteri Kerja Raya Datuk Seri Alexander Nanta Linggi berkata perjanjian persefahaman dapat membuka peluang kepada pemain sektor pembinaan Malaysia meneroka pasaran Jepun selaras dengan pelaksanaan Perjanjian Komprehensif dan Progresif bagi Perkongsian Trans-Pasifik (CPTPP) dengan kedua-dua negara adalah ahlinya.
Hati-hati akaun fleksibel, guna sewaktu persaraan - Pakar
Pencarum seharusnya lebih berhati-hati dan merancangan kewangan dengan lebih baik susulan pengenalan akuan fleksibel Kwsp yang baharu.
Panel lima hakim Mahkamah Rayuan akan dengar permohonan Muhyiddin
Muhyiddin memohon bagi mendapatkan kebenaran menyemak keputusan panel sebelum ini yang mengembalikan semula empat pertuduhan salah guna kuasa membabitkan RM232.5 juta terhadapnya.
Dua maut kereta terbabas dan terbalik di Kuala Krai
Seorang lelaki dan wanita maut dalam kemalangan membabitkan sebuah kereta jenis Honda di Jalan Gua Musang-Kuala Krai dekat Kampung Pahi, pada Rabu.
MCMC kesan individu salah guna AI, sunting gambar aib - Fahmi
Langkah itu bertujuan membolehkan tindakan tegas diambil serta memastikan keselamatan pengguna dalam talian khususnya kanak-kanak, terjamin.
Pengarah agensi pelancongan didakwa iklan pakej furada tanpa lesen sah
Perbuatan itu bagi tujuan menunaikan haji sedangkan syarikat tersebut tidak mempunyai lesen sah daripada Lembaga Tabung Haji.