MALAYSIA
Pengarah animasi Ejen Ali lemas jatuh sungai, polis sahkan tiada unsur jenayah
Andi baru saja berkahwin pada 16 September lalu. - Gambar/ Sinar Harian/ Media sosial. Gambar kanan: Operasi SAR dilakukan di sungai Kampung Batu Puteh, Kinabatangan.
KINABATANGAN: Tiada perselisihan faham antara pengarah animasi Ejen Ali, Andi Abdul Ghani A Kadir, 42, dan isterinya, sebelum dia didakwa terjatuh ke sungai di Kampung Batu Puteh di sini Selasa lalu.
Mayat Andi yang baru seminggu berkahwin, ditemui pada jam 11.15 pagi Rabu dan punca kematian dipercayai akibat lemas, menurut laporan Sinar Harian.
Ketua Polis Daerah Kinabatangan, Superintenden D Ravi berkata, pihaknya menerima laporan berhubung insiden itu membabitkan mangsa yang dalam perjalanan dari Tawau ke Kota Kinabalu.
“Mangsa bekerja sebagai pereka grafik telah terbabas bersama isterinya di jambatan Kampung Batu Puteh semasa dalam perjalanan ke Kota Kinabalu.
"Selepas terbabas, mangsa dipercayai tiba-tiba keluar dari kenderaan dan terjun ke sungai tersebut tetapi tiada pergaduhan,” katanya ketika dihubungi Sinar Harian Khamis.
Menurutnya, susulan maklumat itu, pasukan polis dari Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kinabatangan digerakkan ke lokasi bersama agensi lain termasuk Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM), Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) serta bantuan penduduk kampung bagi menjalankan operasi mencari dan menyelamat (SAR).
“Hasil pencarian, pada jam 11.15 pagi Rabu, mayat mangsa ditemui pada jarak lima meter dari lokasi mangsa dilaporkan hilang.
"Mayat telah dihantar ke Jabatan Forensik Hospital Kinabatangan bagi tujuan bedah siasat.
“Hasil siasatan awal mendapati tiada unsur jenayah dalam kes ini dan diklasifikasikan sebagai mati mengejut sementara menunggu laporan penuh bedah siasat,” katanya.
Terdahulu, tular di media sosial mengenai kejadian itu yang berlaku seminggu selepas pasangan itu berkahwin pada 16 September lalu. - Sinar Harian