Pengarah APM Melaka meninggal dunia

Shuhada Abdul Kadir
Jun 14, 2022 03:36 MYT
Pengarah Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) Melaka, Left Kol (PA) Cuthbert John Martin Quadra meninggal dunia di Hospital Melaka, pagi ini.
MELAKA TENGAH: Pengarah Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) Melaka, Left Kol (PA) Cuthbert John Martin Quadra meninggal dunia di Hospital Melaka, pagi ini.
Jurucakap APM negeri ketika dihubungi berkata, mendiang yang berusia 47 tahun menghembuskan nafas terakhirnya di hospital berkenaan sekitar pukul 10 pagi selepas rebah secara tiba-tiba di pejabat APM Melaka di Ayer keroh.
“Pagi tadi beliau masuk ke pejabat seperti biasa dan dalam jam lebih kurang 8 pagi beliau rebah sebelum kami terus membawanya ke Hospital Melaka.
“Sejurus sampai ke hospital, pasukan perubatan kemudian difahamkan terus memberi bantuan kecemasan pernafasan (CPR) dan selepas lebih sejam kami dimaklumkan, mendiang sudah meninggal dunia,” katanya ketika dihubungi AstroAWANI.
Mengulas lanjut, jurucakap itu berkata, mendiang yang belum berumah tangga difahamkan tidak mengalami sebarang komplikasi kesihatan dan punca kematian masih dalam siasatan.
“Buat masa ini difahamkan pihak hospital akan melakukan proses bedah siasat bagi mengetahui punca sebenar kematian,” tambahnya.
#Pengarah APM Melaka #meninggal dunia #Cuthbert John Martin Quadra #Hospital Melaka