Skip to main content

Malaysia

Pengarah jabatan kerajaan Melaka ditahan reman kes rasuah

41471326669_SuspekRasuahMelaka.jpg
Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menahan reman seorang pengarah di sebuah jabatan kerajaan setelah memperoleh perintah mahkamah.

Penahanan reman itu bagi membolehkan siasatan berhubung kes rasuah, salah guna kuasa dan penggubahan wang haram.

Penolong pendaftar majistret Mahkamah Ayer Keroh, Syarina Shaarani membenarkan suspek yang berusia 56 tahun itu ditahan reman seminggu bermula Selasa sehingga 22 Ogos ini.


Suspek yang juga berpangkat Datuk itu direman mengikut Seksyen 117 Kanun Keseksaan bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 17(a) Akta SPRM 2009.

Pada Isnin, tiga penjawat awam berpangkat Datuk Seri dan Datuk ditahan SPRM atas kesalahan rasuah, penyalahgunaan kuasa dan penggubahan wang haram.

BACA: SPRM tahan dua Datuk, beku aset bernilai RM13 juta

BACA: Pegawai kanan DBKL direman tujuh hari bantu siasatan kes rasuah

Pengarah Siasatan SPRM, Datuk Azam Baki berkata, kesemua suspek masing-masing berkhidmat di  jabatan kerajaan, pihak berkuasa tempatan dan syarikat berkaitan kerajaan ditahan di tiga negeri berasingan.

Advertisement

Must Watch Video