Pengarah Mentega Terbang diugut bunuh, kereta disimbah cat

Sinar Harian
Mac 16, 2023 11:00 MYT
Nota ugutan bunuh dan kereta milik penulis skrip filem Mentega Terbang yang disimbah cat dan asid. - Sinar Harian
KAJANG: Pengarah dan penulis skrip filem Mentega Terbang menerima ugutan bunuh selain keretanya disimbah cat dan bahan asid pada Khamis.
Menerusi perkongsian Twitter, kereta milik kedua-dua mangsa jenis Proton Saga berwarna merah dan Toyota Vios berwarna putih didapati dirosakkan dengan cat merah serta asid.
Selain itu, beberapa nota berunsur ugutan bunuh dipercayai berkaitan filem tersebut turut diletakkan pada kedua-dua kereta milik mangsa.
Difahamkan pengarah serta penulis skrip Mentega Terbang tersebut telah tampil membuat laporan polis di Kajang dan Ampang Jaya.
Sinar Harian difahamkan bahawa satu kenyataan akan dikeluarkan pihak polis dalam masa terdekat berhubung kejadian ini.

Saya kecam sekeras2nya ugutan2 ini serta sebarang tindakan di luar batas undang2. Rakyat Malaysia mesti patuh undang2, jangan ambil tindakan yang boleh merosakkan harta benda, mengancam nyawa. Follow the law, dont take matters into your own hands. https://t.co/8gmq4ZZyoJ

— Fahmi Fadzil (@fahmi_fadzil) March 16, 2023
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
Sementara itu, Menteri Komunikasi dan Digital (KKD), Fahmi Fadzil menerusi hantaran Twitter mengecam tindakan tersebut yang disifatkan di luar batas undang-undang.
"Saya kecam sekerasnya ugutan-ugutan seperti ini serta sebarang tindakan di luar batas undang-undang.
"Rakyat Malaysia mesti patuh undang-undang, jangan ambil tindakan yang boleh merosakkan harta benda, mengancam nyawa," katanya. -- Sinar Harian
#mentega terbang #ugutan bunuh #disimbah cat #Fahmi Fadzil