MALAYSIA
Pengarah syarikat didakwa minta suapan RM5 juta

P. Kuhan Arunasalam (kanan) didakwa atas pertuduhan meminta suapan RM5 juta daripada seorang individu. - Foto Bernama
KUALA LUMPUR: Seorang pengarah hari ini didakwa di Mahkamah Sesyen di sini atas pertuduhan meminta suapan RM5 juta daripada seorang individu sebagai dorongan agar Suruhanjaya Sekuriti tidak mengambil tindakan undang-undang ke atas sebuah syarikat amanah dan pengurusan harta.
Ringkasan AI
- Seorang pengarah didakwa meminta suapan RM5 juta bagi mengelakkan tindakan undang-undang Suruhanjaya Sekuriti terhadap sebuah syarikat amanah dan pengurusan harta.
- Pertuduhan mengikut Seksyen 16(a)(A) Akta SPRM 2009, yang membawa hukuman maksimum penjara 20 tahun dan denda lima kali nilai suapan atau RM10,000 jika sabit kesalahan.
- Mahkamah tetapkan jaminan RM20,000 dengan syarat tambahan, termasuk serah pasport, lapor diri bulanan di SPRM, dan larangan ganggu saksi; sebutan semula kes pada 6 November.
Bagaimanapun, Kuhan Arunasalam mengaku tidak bersalah dan pegawai pendakwa Selvam T. Armugom menawarkan jaminan RM20,000 dengan seorang penjamin serta syarat tambahan pasport diserahkan kepada mahkamah, tertuduh perlu melaporkan diri ke pejabat SPRM sebulan sekali sehingga kes selesai, dan dia dilarang mengganggu saksi pendakwaan.
Peguam Wan Shahrizan Wan Ladin tidak membantah jumlah jaminan itu dan memaklumkan bahawa anak guamnya bersedia menerima sebarang syarat tambahan yang ditetapkan oleh mahkamah.
Hakim Suzana Hussin membenarkan tertuduh diikat jamin RM20,000 dengan seorang penjamin berserta syarat tambahan seperti yang dimohon oleh pendakwaan dan menetapkan 6 Nov ini untuk sebutan semula kes.
-- BERNAMA
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami