awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Arab Saudi terima ketibaan 19.5 juta jemaah haji, umrah pada 2025
Fokus perumahan mampu milik di bandar, bukan pilihan raya Datuk Bandar - Akmal
Lebih 3,000 pengunjung teruja rasai fenomena laut terbelah di Pulau Pangkor
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Pengarah syarikat didakwa pindah wang lebih RM3 juta tanpa kelulusan mesyuarat agung

Bernama
Bernama
05/07/2024
08:10 MYT
Pengarah syarikat didakwa pindah wang lebih RM3 juta tanpa kelulusan mesyuarat agung
Ho Yong didakwa sebagai pengarah syarikat Golden Summit Academy Sdn Bhd telah memindahkan wang RM3,149,000 ke dalam akaun Maybank miliknya tanpa kebenaran mesyuarat agung syarikat. - Gambar hiasan
KUALA LUMPUR: Seorang pengarah syarikat perkhidmatan perunding kewangan dan pelaburan mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di sini hari ini atas pertuduhan memindahkan wang syarikat lebih RM3 juta ke dalam akaun bank miliknya tanpa kelulusan mesyuarat agung syarikat berkenaan, empat tahun lepas.
Yee Ho Yong, 32, didakwa sebagai pengarah syarikat Golden Summit Academy Sdn Bhd telah memindahkan wang RM3,149,000 ke dalam akaun Maybank miliknya tanpa kebenaran mesyuarat agung syarikat berkenaan untuk mendapatkan manfaat secara langsung kepada dirinya.
Beliau didakwa melakukan kesalahan itu di sebuah pejabat di Sentul di sini, antara 16 Feb 2020 dan 24 Dis 2022, mengikut Seksyen 218(1)(c) Akta Syarikat 2016 dan boleh dihukum di bawah Seksyen 218(2) akta sama.
Akta itu memperuntuk hukuman penjara maksimum penjara lima tahun atau denda maksimum RM3 juta atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan.
Timbalan Pendakwa Raya Akmalzatul Mohamed Nawi menawarkan jaminan RM300,000 dengan seorang penjamin beserta syarat tambahan tertuduh perlu menyerahkan pasport kepada mahkamah sehingga kes selesai.
Peguam Lim Chi Chau yang mewakili Yee memohon jaminan rendah atas alasan anak guamnya menanggung keluarga.
Hakim Hamidah Mohamed Deril membenarkan tertuduh diikat jamin RM100,000 serta syarat tambahan seperti dipohon pihak pendakwaan dan menetapkan 6 Ogos depan untuk sebutan semula kes.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#pengarah syarikat
#pindah wang tanpa kebenaran
#kes mahkamah
#Golden Summit Academy
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan