awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Sempadan Rafah dibuka semula secara rasmi
AOT cadang kenaikan 53% caj perkhidmatan penumpang penerbangan antarabangsa Thailand
Waris Sultan Zainal Abidin III diminta tampil, selesai tuntutan tanah pusaka
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Pengarah syarikat mengaku tidak salah pecah amanah RM150,000

Sinar Harian
Sinar Harian
04/07/2025
04:15 MYT
Pengarah syarikat mengaku tidak salah pecah amanah RM150,000
Tertuduh, Sahela Abdul Rahim (tengah) ketika dibawa ke Mahkamah Sesyen Johor Bahru pada Jumaat. - Foto Sinar Harian
JOHOR BAHRU: Seorang pengarah syarikat logistik dan pengangkutan mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di sini pada Jumaat atas pertuduhan pecah amanah tahun lalu.

Ringkasan AI
  • Seorang pengarah syarikat, Sahela Abdul Rahim, mengaku tidak bersalah atas pertuduhan pecah amanah melibatkan pelupusan tiga kepala lori syarikat bernilai RM150,000 pada Jun tahun lalu.
  • Tertuduh dituduh mengikut Seksyen 403 Kanun Keseksaan, yang membawa hukuman penjara sehingga lima tahun, sebat, dan denda jika disabit kesalahan.
  • Mahkamah membenarkan jaminan RM10,000, dengan sebutan semula kes ditetapkan pada 19 September; tertuduh dikatakan memberi kerjasama sepenuhnya dalam siasatan.

Tertuduh, Sahela Abdul Rahim, 41, membuat pengakuan tersebut selepas pertuduhan dibacakan di hadapan Hakim Datuk Ahmad Kamal Arifin Ismail.
Mengikut pertuduhan, Sahela didakwa melakukan perbuatan tersebut pada 10 Jun tahun lalu iaitu secara tidak jujur melupuskan tiga unit kepala lori milik syarikatnya bernilai RM150,000 di pejabat Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Taman Daya.
Tindakan tertuduh itu didakwa mengikut Seksyen 403 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara minimum enam bulan dan maksimum lima tahun serta sebat dan boleh dikenakan denda, jika sabit kesalahan.
Peguam bela tertuduh, Khairul Azwad Sariman, memohon agar mahkamah menawarkan jaminan munasabah atas alasan anak guamnya merupakan seorang ibu kepada tiga anak yang masih bersekolah dan berpendapatan RM4,000 sebulan.
Menurutnya, siasatan terhadap kes berkenaan telah bermula sejak tahun lalu dan tertuduh memberikan kerjasama termasuk hadir memberi keterangan kepada SPRM setiap bulan.
“Tertuduh juga memberi jaminan akan hadir pada setiap tarikh perbicaraan yang ditetapkan,” katanya.
Mahkamah kemudian membenarkan tertuduh diikat jamin sebanyak RM10,000 dan menetapkan 19 September ini sebagai tarikh sebutan semula kes bagi penyerahan dokumen.
Pendakwaan dikendalikan oleh Timbalan Pendakwa Raya SPRM, Muhammad Asraf Mohamed Tahir. -- Sinar Harian
Topic Berkaitan
#Pengarah Syarikat didakwa
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan