KUALA LUMPUR: Mungkin tidak ramai yang tahu bahawa Tugu Negara yang tersergam megah di Taman Botani Perdana di sini pernah diletupkan oleh pengganas komunis pada 26 Ogos 1975 sehingga menyebabkan monumen bersejarah itu mengalami kerosakan teruk.
Tugu Negara yang diilhamkan oleh Perdana Menteri Pertama, Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj, siap dibina pada 1966 bagi memperingati semua perajurit yang gugur dalam Perang Dunia Pertama dan Kedua serta Darurat telah melalui proses baik pulih bermula dari tahun 1977.
Kini, selepas hampir 46 tahun berlalu, empat pengarca yang terlibat dalam projek baik pulih itu berkumpul semula di sini untuk mengimbau kembali kenangan ketika mereka bersama-sama melaksanakan tanggungjawab tersebut.
Mereka terdiri daripada bekas pensyarah Institut Teknologi MARA (ITM) (kini Universiti Teknologi MARA), Christopher Bartley Carney, 74, bersama tiga lagi lepasan Fakulti Seni Kreatif ITM iaitu Abdul Mansoor Ibrahim, 71, Abdul Mukti Jantan, 73 dan Zolkeply Maulana, 69.
Mengimbau kembali memori itu, Abdul Mukti berkata projek itu yang mengambil masa kira-kira setahun satu minggu dan memerlukan kreativiti, kesabaran serta ketekunan kerana terpaksa membaik pulih ratusan serpihan Tugu Negara yang rosak teruk.
Beliau berkata sebagai contoh, ada bahagian yang telah berlubang kena dibaik pulih dengan membentuk bahagian itu semula dengan menggunakan tanah liat , kemudian diubah suai menjadi acuan sementara gangsa tuang yang merupakan logam digunakan bagi pembentukan bahagian patung itu dihasilkan di foundri logam, Lembaga Kraftangan Mara Terengganu.
"Selepas gangsa tuang dihasilkan, barulah proses mengimpal dilakukan dan teknik 'chasing' untuk membentuk tekstur seperti urat pada patung dan teknik ini memerlukan kemahiran supaya apabila siap ia tidak nampak calar-calar," katanya selepas ditemui di Tugu Negara di sini, pada Selasa.
Abdul Mukti yang kini menetap di Los Angeles, Amerika Syarikat berkata selain berdepan dengan cabaran cuaca tidak menentu di lokasi tugu itu yang menjadi tempat kerja sepenuhnya, beliau dan rakan-rakan lain juga ada menerima surat layang dengan ugutan untuk mencederakan mereka.
"Pada zaman itu, bahaya sentiasa ada termasuk ancaman komunis, jadi Pasukan Polis Hutan (kini Pasukan Gerakan Am) sentiasa membuat rondaan bagi melindungi keselamatan kami semasa bekerja kerana ada kerja-kerja yang dilakukan hingga ke malam.
Biarpun dalam bahaya, cinta kami untuk menyempurnakan tugas itu mengatasi bahaya dihadapi dan kita buat dengan rasa bangga dan berbesar hati kerana sesuatu yang diremukkan komunis kami strukturkan semula, buat semuanya sekali lagi," katanya.
Sementara itu, Zolkeply pula berkata penglibatannya dalam membaik pulih Tugu Negara itu turut menjadi kebanggaan dan mendapat galakkan daripada arwah bapanya yang juga seorang anggota pasukan Komando VAT69.
"Apabila bapa saya tahu yang saya terlibat dengan baik pulih Tugu Negara rosak itu, dia buat lawatan mengejut dengan kawan-kawannya untuk melihat sendiri, jadi saya sangat terharu dan teruja. Dia berjuang di hutan, saya 'berjuang' membaik pulih Tugu Negara yang dirosakkan oleh musuhnya," katanya.
Dalam pada itu, Carney berkata penglibatan beliau dalam membaik pulih Tugu Negara meninggalkan memori indah dalam hidupnya kerana binaan tersebut sebahagian sejarah penting negara.
"Ini yang membuatkan hubungan saya dengan Tugu Negara amat istimewa dan inilah tugas paling penting yang pernah saya terlibat," katanya yang kini tinggal di Port Huon, Tasmania, Australia.
Selain melawat kampus lama di Shah Alam, Selangor, empat kenalan itu juga telah diundang oleh pihak Galeri Seni Tuanku Nur Zahirah (GESTURZ) untuk sesi bual bicara dengan penuntut dan pensyarah, pada Rabu.
-- BERNAMA
Bernama
Tue Oct 17 2023
Selepas hampir 46 tahun berlalu, empat pengarca yang terlibat dalam projek baik pulih itu berkumpul semula untuk mengimbau kembali kenangan ketika mereka bersama-sama melaksanakan tanggungjawab tersebut. - Foto BERNAMA
Ahli perniagaan China didakwa pengintip dijemput ke Istana Buckingham oleh Duke
Lelaki itu dilaporkan telah melawat Istana Buckingham sebanyak dua kali atas jemputan Putera Andrew.
Vincente kekal optimis walaupun tewas 0-1 kepada Thailand
Pengendali kelahiran Sepanyol itu menyatakan rasa bangga terhadap prestasi pemainnya, terutama sekali menentang juara bertahan kejohanan itu.
Mesir, pegawai AS bincang usaha gencatan senjata di Gaza
Presiden Sisi menekankan keperluan segera untuk menyalurkan bantuan kemanusiaan ke Gaza.
Tiga ditahan, pelbagai dadah bernilai RM44,200 dirampas
Semakan rekod lampau mendapati ketiga-tiga suspek mempunyai rekod berkaitan jenayah narkotik.
Banjir: Jumlah mangsa kekal 47 orang di dua negeri
Dua pusat pemindahan sementara (PPS) masih dibuka melibatkan dua negeri.
Malaysia pilih jalan sukar, tewas 0-1 kepada Thailand
Malaysia wajib menang menentang Singapura pada 20 Dis ini di Stadium Nasional Bukit Jalil.
Simposium Legenda Puteri Santubong dianjur tahun depan - Nancy
Datuk Seri Nancy Shukri berkata simposium itu bakal dianjurkan dengan kerjasama Arkib Negara Malaysia.
Inisiatif pendidikan tinggi percuma Sarawak satu peluang luar biasa - TYT
Yang di-Pertua Negeri Sarawak Tun Wan Junaidi Tuanku Jaafar berkata Sarawak memerlukan ramai tenaga mahir, untuk mencapai visi menjadi wilayah maju menjelang tahun 2030.
Rakyat Jepun bantah keganasan seksual tentera Amerika Syarikat
Rakyat Jepun pada petang Jumaat berhimpun di luar Kementerian Luar di Tokyo untuk membantah keganasan seksual oleh anggota tentera Amerika Syarikat yang ditempatkan di negara itu.
Indonesia sediakan sistem keselamatan siber sokong transformasi digital
Kementerian Komunikasi dan Hal Ehwal Digital sedang menyediakan sistem keselamatan siber bagi menyokong pelaksanaan transformasi digital di Indonesia.
Putera Mahkota Naruhito beri penghormatan kepada pejuang negara yang gugur
Putera Mahkota Jepun, Putera Mahkota Naruhito hari ini memulakan lawatan rasmi lima hari ke Malaysia dengan meletakkan kalungan bunga di Tugu Negara.