awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Tun Mahathir dibenar pulang bermalam di rumah
SINAR perkenal penyampai baharu untuk segmen pagi dan petang mulai 9 Febuari 2026
NVIDIA sah tidak lancar GPU baharu 2026 akibat krisis RAM global
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Pengasas Bookdoc Chevy Beh meninggal dunia

Astro Awani
Astro Awani
24/08/2022
02:20 MYT
Pengasas Bookdoc Chevy Beh meninggal dunia
Chevy menyertai BP Healthcare Group selaku Pengarah urusan sebelum menubuhkan platform penjagaan kesihatan dalam talian dan mobile, Bookdoc pada 2014 bersama bekas CEO Groupon Asia Pasifik, Joel Neoh. - Foto FB/Polo & Equestrian
KUALA LUMPUR: Pengasas Bookdoc, Datuk Chevy Beh dilapor meninggal dunia malam Selasa, namun punca kematian tidak didedahkan.
Perkara itu disahkan pembangun aplikasi BookDoc menerusi perkongsian di Facebook pada Rabu.
"Dengan penuh rasa hiba, kami memaklumkan kematian Datuk Chevy Beh - Pengasas dan Ketua Pegawai Eksekutif BookDoc.
"Beliau merupakan usahawan yang dihormati dan disayangi ramai.
"Ucapan takziah dan doa kepada seluruh ahli keluarga mendiang pada waktu sukar ini," memetik perkongsian itu.
Ucapan takziah mula membanjiri media sosial antaranya daripada Persatuan Badminton Malaysia (BAM) yang memuat naik ucapan takziah di akaun rasmi Twitter BAM.
“Persatuan Badminton Malaysia (BAM) amat berdukacita apabila mengetahui pemergian Datuk Chevy Beh.
“Presiden, Majlis dan seluruh keluarga BAM mengucapkan salam takziah kepada keluarga mendiang,” menurut muat naik tersebut.
REST IN PEACE, DATO CHEVY BEH The Badminton Association of Malaysia (BAM) is deeply saddened to learn of the loss of Dato Chevy Beh. The President, the Council and the family of BAM wish to convey our deepest condolences to the Beh family. pic.twitter.com/mXpkrO9szy
— BAM (@BA_Malaysia) August 23, 2022
Chevy memulakan kerjaya sebagai pegawai bank pelaburan bersama firma pelaburan terkenal Amerika Syarikat selepas beliau tamat pengajian di Universiti Harvard.
Beliau kemudan menyertai BP Healthcare Group selaku Pengarah Urusan sebelum menubuhkan platform penjagaan kesihatan dalam talian dan mobile, Bookdoc pada 2014 bersama bekas Ketua Pegawai Eksekutif Groupon Asia Pasifik, Joel Neoh.
Di bawah kepimpinan beliau, BP berjaya meningkatkan asas pelanggan mereka melebihi 2 juta orang, meningkatkan jumlah tenaga kerja kepada 1,300 orang.
Kumpulan itu juga memainkan peranan penting sewaktu proses vaksinasi COVID-19 negara melibatkan Pusat Pemberian Vaksin (PPV).
Selain itu ia juga dilantik sebagai penyedia ujian saringan COVID-19 terhadap pekerja di bawah Program Saringan Prihatin Perkeso.
Chevy juga merupakan pemain polo terkenal yang pernah menjadi kapten pasukan bawah 21 tahun England.
Minat yang tinggi dalam bidang sukan menyaksikan Chevy pernah dilantik sebagai ahli Panel Pakar Kementerian Belia dan Sukan.
Topic Berkaitan
#Chevy Beh
#BOOKDOC
#BP healthcare Group
#meninggal dunia
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan