GADGETS

Pengasas Digg berminat ambil alih Pocket daripada Mozilla

Amanz 25/05/2025 | 01:00 MYT
Buat masa ini, belum dimuktamadkan lagi sama ada Mozilla akan menjual Pocket kepada pengasas Digg atau sebaliknya. - Foto Amanz
PENGASAS Digg, Kevin Rose kini secara terbuka membida untuk mengambil-alih aplikasi Pocket daripada Mozilla.

Perkongsian ini hadir selepas Mozilla mengumumkan akan menamatkan perkhidmatan berkenaan tidak lama lagi.

Pocket merupakan perkhidmatan yang membolehkan pengguna menyimpan pautan untuk rujukan atau bacaan akan datang.

Mozilla pada minggu ini mengumumkan akan menamatkan perkhidmatan tersebut, dan memberikan lebih fokus terhadap pembangunan Firefox sendiri.

Buat masa ini, tidak diketahui lagi sama ada Mozilla akan menjual Pocket kepada pengasas Digg atau sebaliknya.

Untuk makluman, Digg sendiri kini dalam proses pembangunan semula dan bakal dilancarkan dalam masa terdekat.

Pengambilalihan Pocket mungkin membantu dalam proses berkenaan, sekali gus membawa komuniti yang gemar membaca ke Digg.

An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.





#Digg #mozilla #Pocket #firefox