MALAYSIA

Pengasas portal berita 'Sarawak Report' diminta dedah sumber pembiayaan

Bernama 31/08/2015 | 13:34 MYT
Melanyi mendakwa pengasas portal berita itu menerima pembiayaan daripada 'orang yang sangat berpengaruh di Malaysia'. - Foto Bernama
Bekas editor akhbar Sarawak Tribune telah meminta pengasas portal berita Sarawak Report, Clare Rewcastle-Brown supaya mendedahkan sumber pembiayaannya.

Lester Melanyi, bagaimanapun berkata Rewcastle-Brown tidak dapat berbuat demikian kerana dengan berbuat demikian, beliau akan mendedahkan siapa ketuanya yang sebenar.

Beliau berkata jika Rewcastle-Brown benar-benar mengamalkan ketelusan, 'beliau harus menunjukkan akaun Sarawak Report dan memberitahu kepada kami sumber pembiayaannya'.

Melanyi mendakwa pengasas portal berita itu menerima pembiayaan daripada 'orang yang sangat berpengaruh di Malaysia'.
#Clare Rewcastle-Brown #Lester Melanyi #Sarawak Report #Sarawak Tribune