MALAYSIA
Pengasas Restoran Mohd Chan meninggal dunia
Allahyarham dilaporkan menghembuskan nafas terakhir kira-kira pukul 7 malam Rabu. - Foto Facebook Mohd Chan Malaysia
SHAH ALAM: Pengasas dan pemilik rangkaian restoran Mohd Chan, Datuk Mohd Chan Abdullah meninggal dunia di Hospital Sungai Buloh.
Allahyarham dilaporkan menghembuskan nafas terakhir kira-kira pukul 7 malam Rabu.
Berita itu dikongsikan menerusi kenyataan rasmi oleh ahli keluarganya yang dimuat naik di laman Facebook.
“Kami amat menghargai doa dan ucapan takziah daripada semua pihak. Pengurusan selanjutnya akan dimaklumkan kemudian," menurut kenyataan bersama oleh Datin Aminah Lee, Datuk Mustafa Chan, Datuk Muhammad Nik Chan, Eliza Chan dan keluarga.
Sementara itu jenazah Allahyarham akan dimandi dan dikafankan di Masjid At-Taqwa, Taman Tun Dr Ismail bermula 9 pagi pada Khamis.
Jenazah kemudiannya akan dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Raudhatul Sakinah, Bukit Kiara 2 selepas zohor.
- Sinar Harian