KUALA LUMPUR: Pengasas Rumah Bonda akan mengambil tindakan undang-undang terhadap pihak yang menyebarkan perkataan penderaan berhubung seorang kanak-kanak perempuan Sindrom Down berusia 13 tahun, pada Julai lalu.
Peguam, Nur Aminahtul Mardiah Md Nor yang mewakili Siti Bainun Ahd Razali, 29, berkata, perkataan yang mendakwa anak guamnya melakukan kesalahan penderaan adalah tidak tepat dari segi definisi undang-undang dan pihaknya memandang serius penggunaan perkataan itu.
Beliau berkata, pertuduhan telah dibuat terhadap Siti Bainun pada Jumaat dan di bawah Akta Kanak-kanak 2001, kesalahan penganiayaan, pengabaian pembuangan atau pendedahan kanak-kanak didefinasikan di bawah peruntukan yang sama.
Namun katanya, pembuktian adalah tertakluk kepada pertuduhan yang dikenakan iaitu Siti Bainun, satu pendakwaan di bawah kesalahan pengabaian secara spesifik.
"Perlu ditekankan pertuduhan yang dikenakan tiada kaitan sama sekali dengan penderaan yang dikatakan secara meluas sebelum ini sebaliknya ia hanyalah berkaitan dengan pengabaian.
"Ketika didakwa, anak guam saya mengaku tidak bersalah dan berhasrat untuk membersihkan namanya daripada pertuduhan yang dikemukakan melalui proses mahkamah," katanya dalam kenyataan, pada Sabtu.
Nur Aminahtul berkata, ulasan ini dikeluarkan bagi mengelak laporan atau interpretasi salah yang boleh mengelirukan, dikeluarkan oleh mana-mana media melibatkan kes yang dipertuduhkan ke atas anak guamnya.
Katanya, pada 19 Ogos lalu, mereka dimaklumkan mengenai isu tular di media sosial yang mana pelbagai kenyataan tidak benar dikaitkan dengan Siti Bainun, berhubung pertuduhan yang bakal dikenakan kepadanya.
Pada Jumaat, Pengasas Rumah Bonda mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur atas kesalahan mengabaikan seorang kanak-kanak perempuan Sindrom Down berusia 13 tahun sehingga mengalami kecederaan fizikal dan emosi.
*Artikel asal disiarkan di Sinar Harian.
Sinar Harian
Sat Aug 21 2021
Nur Aminahtul (kanan) hadir di Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur pada Jumaat, mewakili Siti Bainun (kiri) bagi menghadapi pertuduhan kes pengabaian kanak-kanak perempuan Sindrom Down berusia 13 tahun. -Gambar Sinar Harian
Tumpuan Sabtu – 14 Disember 2024
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
10 Berita Pilihan - (13 Disember 2024)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
IPT di negara ini sedia sepenuhnya kuasai AI
Institusi pendidikan tinggi (IPT) di negara ini sudah bersedia menguasai bidang kecerdasan buatan (AI) sepenuhnya.
MCMC peruntuk RM13.7 juta baik pulih wifi di tiga IPTA
Sebanyak RM13.7 juta telah diperuntuk bagi meningkatkan akses internet di tiga universiti awam iaitu Universiti Malaya, Universiti Sains Islam Malaysia dan Universiti Malaysia Perlis.
Menteri Komunikasi, Fahmi Fadzil berkata, ia merupakan langkah awal dalam menyelesaikan masalah liputan internet yang telah lama membelenggu institusi pengajian tinggi.
Menteri Komunikasi, Fahmi Fadzil berkata, ia merupakan langkah awal dalam menyelesaikan masalah liputan internet yang telah lama membelenggu institusi pengajian tinggi.
MAHB beri peruntukkan RM1.4 juta untuk bantu mangsa banjir
Menerusi kenyataan media oleh MAHB pada jumaat, setakat ini, usaha bantuan ditumpukan di kawasan sekitar tiga lapangan terbang iaitu Lapangan Terbang Sultan Abdul Halim di Alor Setar, Lapangan Terbang Sultan Ismail Petra di Kota Bharu dan Lapangan Terbang Sultan Mahmud di Kuala Terengganu.
Tujuh suspek kes curi kabel, cuba langgar polis ditahan
Tujuh suspek disyaki dalang kes curi kabel di Jalan Lang Hitam, dekat Manjalara, Kepong di sini pada 4 Disember lalu ditahan dalam beberapa siri serbuan sekitar Kuala Lumpur serta Selangor.
Kes Bayi Beku: Polis akan rakam keterangan pihak hospital terlibat
Polis akan memanggil pihak hospital yang terlibat untuk dirakam keterangan berhubung kejadian tular membabitkan jenazah bayi disimpan dalam peti sejuk mayat di Klang baru-baru ini.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Jumaat, 13 Disember 2024.
Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Mohamed al-Bashir pimpin solat Jumaat pertama selepas kejatuhan Assad
Rakyat Syria berkumpul di Masjid Umayyad, Damaskus untuk menunaikan solat Jumaat pertama selepas kejatuhan kerajaan Bashar al-Assad.
Durov tidak sembunyikan apa-apa - Telegram
Telegram mendakwa adalah tidak masuk akal untuk meminta pemilik bertanggungjawab atas penyalahgunaan platform.
Fahami pasaran sebelum perjalanan pemula niaga adalah penting - Pengasas
Peralihan daripada usahawan solo kepada ketua yang boleh membina dan meneraju pasukan juga penting.
Pengasas Rumah Bonda ambil tindakan undang-undang
Perkataan yang mendakwa anak guamnya melakukan kesalahan penderaan adalah tidak tepat dari segi definisi undang-undang dan pihaknya memandang serius penggunaan perkataan itu.
Penghuni perempuan dakwa dicabul pengasas rumah kebajikan
Seorang penghuni perempuan di sebuah rumah kebajikan di Gombak, Selangor mendakwa dicabul dalam kejadian awal pagi Jumaat lalu.
DAP bukan parti anti Melayu - Anthony Loke
Anthony Loke Siew Fook menyifatkan sentimen anti Melayu itu sebagai tohmahan yang bertentangan dengan perjuangan sebenar DAP.
Pengasas aplikasi 'Sugarbook' dituduh esok
Pengarah Pendakwaan Selangor bersetuju untuk menuduh suspek di bawah Seksyen 505 (b) Kanun Keseksaan.
Pengasas Sugarbook ditahan semula, bantu siasatan kes rogol, persundalan
Datuk Fadzil Ahmat berkata, penahanan lelaki berusia 34 tahun itu dibuat berikutan satu laporan polis daripada seorang pelajar institut pengajian tinggi pada 2019.
'Orang kuat' di sebalik jenama Samsung meninggal dunia
Kun-hee, 78 tahun, membina Samsung Group menjadi konglomerat Korea Selatan terbesar dan muncul sebagai individu terkaya di negara itu.
Facebook 'Masak Apa Tak Jadi Hari Ni', catat 1.5 juta pengikut dalam 10 hari
Pengasas akaun berkata, ia diwujudkan dengan niat hanya untuk berkongsi masakannya dan pengguna Facebook yang tidak menjadi.
Pengasas Facebook, Mark Zuckerberg pun berbelanja di pusat jualan murah
Mark Zuckerberg yang juga pengasas laman sosial popular dunia, Facebook tidak kekok untuk membeli barangan yang murah harganya.