awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Harga emas, perak dijangka terus meningkat di sebalik ketidaktentuan jangka pendek - MGA
Pembangunan Dasar Halal Negara pada fasa akhir, dijangka siap Mei ini - Fadillah
SPRM pulangkan wang hasil rasuah, urusan belanja tanggungjawab MOF - Azam Baki
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

'Pengasingan jantina di konsert akan beri kesan besar logistik kepada penganjur'

T K Letchumy Tamboo
T K Letchumy Tamboo
19/04/2015
11:53 MYT
'Pengasingan jantina di konsert akan beri kesan besar logistik kepada penganjur'
Garis panduan baru Jakim untuk mengasingkan penonton lelaki dan perempuan di persembahan pentas akan memberi kesan besar dari segi logistik.
Pengasingan penonton lelaki dan perempuan di konsert dan persembahan pentas bakal memberi kesan besar daripada segi logistik kepada penganjur acara.
Pandangan itu diutarakan Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Livescape Asia, Iqbal Ameer yang berkata langkah sedemikian akan turut merosakkan pengalaman keseluruhan penonton yang menghadiri konsert.
“Tiada penganjur acara akan melayan langkah sedemikian. Saya lebih suka tidak mengadakan apa-apa konsert daripada mengikut garis panduan tersebut. “Ini tidak adil untuk artis, semua yang terlibat dalam persembahan dan yang paling penting peminat," katanya kepada Astro AWANI hari ini.
Iqbal berkata semua penganjur acara akan bertindak menghentikan penganjuran konsert sekiranya garis panduan itu dikuatkuasakan. "Industri hiburan di Malaysia sangat bertoleransi pada mana-mana peraturan atau pelaksanaan yang ditetapkan oleh pihak berkuasa.
"Banyak kali, kami telah mencadangkan kaedah yang berbeza untuk konsert, tetapi tidak diendahkan.
“Jika garis panduan ini diamalkan, Malaysia akan kerugian dalam industri yang bernilai berjuta-juta ringgit ini. Semua orang akan pergi ke negara lain seperti Thailand, Indonesia dan Singapura untuk hiburan,” katanya.
Iqbal menambah bahawa orang ramai harus menyuarakan bagaimana pengalaman konsert yang mereka inginkan.
Garis panduan edisi kedua itu dikeluarkan Jakim awal minggu ini selepas diluluskan Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Kebangsaan ke-107 pada Februari.
Selain pengasingan lelaki dan perempuan, garis panduan itu juga tidak membenarkan muzik dan lirik yang mempunyai unsur "menyembah" dan dianggap suci bagi penganut agama selain Islam.
Topic Berkaitan
#iqbal ameer
#JAKIM
#livescape asia
#pengasingan jantina
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan