awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Mohd Ismail angkat sumpah ADUN Lamag
Pesta pantun HAWANA-DBP 2026 pelawa penyertaan warga media
TikTok diminta matikan ciri skrol infiniti didakwa punca 'ketagihan'
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Pengasuh taska mengaku tidak bersalah dera bayi

Sinar Harian
Sinar Harian
09/05/2025
04:30 MYT
Pengasuh taska mengaku tidak bersalah dera bayi
Amirah Hajirah (belakang) hadir bersama peguamnya ke Mahkamah Sesyen Kluang pada Jumaat. -Sinar Harian
KLUANG: Seorang pengasuh taska mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di sini pada Jumaat bagi pertuduhan mendera seorang bayi lelaki berusia lima bulan, awal bulan lalu.

Ringkasan AI
  • Amirah Hajirah Mohd Farid mengaku tidak bersalah atas tuduhan mendera bayi lelaki berusia lima bulan di Mahkamah Sesyen Kluang.
  • Pendakwaan dilakukan mengikut Seksyen 31(1)(a) Akta Kanak-Kanak 2001, dengan hukuman maksimum denda RM50,000 atau penjara 20 tahun jika sabit kesalahan.
  • Mahkamah menetapkan jaminan sebanyak RM8,000 dan tarikh sebutan semula kes pada 13 Jun depan.

Tertuduh, Amirah Hajirah Mohd Farid, 20, membuat pengakuan itu selepas pertuduhan dibacakan di hadapan Hakim Osman Affendi Mohd Shalleh.
Mengikut kertas pertuduhan, Amirah didakwa mendedahkan bayi berkenaan kepada cara penjagaan yang boleh menyebabkan kecederaan fizikal.
Kesalahan itu didakwa dilakukan antara jam 8.30 malam pada 8 April hingga jam 7 pagi, 9 April di sebuah taska yang terletak di kuarters Hospital Enche’ Besar Hajjah Khalsom (HEBHK) di sini.
Pendakwaan dikemukakan mengikut Seksyen 31(1)(a) Akta Kanak-Kanak 2001 yang memperuntukkan hukuman denda maksimum RM50,000 atau penjara tidak melebihi 20 tahun atau kedua-duanya sekali, jika sabit kesalahan.
Timbalan Pendakwa Raya, Nur Ramizah Razli menawarkan jaminan sebanyak RM15,000, namun peguam bela tertuduh, Norliana Hashim merayu agar ia dikurangkan kepada RM5,000 atas alasan anak guamnya tidak bekerja dan masih ditanggung keluarga.
Mahkamah kemudian membenarkan jaminan sebanyak RM8,000 dengan syarat tertuduh perlu melapor diri di balai polis berhampiran pada setiap 1 hari bulan serta tidak mengganggu saksi pendakwaan.
Hakim turut menetapkan 13 Jun depan sebagai tarikh sebutan semula kes dan serahan dokumen. -Sinar Harian
Topic Berkaitan
#dera
#bayi
#Amirah Hajirah Mohd Farid
#HEBHK
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan