[TERKINI] Najib Razak Dilepas Tanpa Dibebaskan – Kes SRC RM27 Juta, Ikuti Laporan di Sini
NATIONAL

Pengawal keselamatan didakwa bunuh tukang masak

Dewi Nur Harasha Alias 11/12/2020 | 08:13 MYT
Lai Seng, hanya mengangguk faham selepas pertuduhan terhadapnya dibacakan terhadapnya di hadapan majistret. -Gambar Astro AWANI
GEORGE TOWN:Seorang pengawal keselamatan warga emas dihadapkan ke Mahkamah Majistret George Town hari ini atas kesalahan membunuh tukang masak, Sabtu lepas.
Ong Lai Seng, 65, hanya mengangguk faham selepas pertuduhan terhadapnya dibacakan terhadapnya di hadapan Majistret Jamaliah Abd Manap.
Bagaimanapun tiada pengakuan direkodkan daripada tertuduh.
Mengikut pertuduhan, Ong didakwa membunuh Chua Kok Seong, 42, di pondok pengawal, Blok 8, Desa May, Persiaran Paya Terubong pada jam 8.50 malam, 5 Disember lalu.
Bagi kesalahan itu, Ong didakwa mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman gantung sampai mati, jika sabit kesalahan
Mahkamah kemudian menetapkan 27 Januari depan untuk sebutan semula kes.
Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Yazid Mustaqim Roslan manakala tertuduh diwakili peguam Teh Ee Teng.
#pengawal keselamatan #bunuh #tukang masak #pulau pinang #paya terubong #Mahkamah Majistret George Town #Majistret Jamaliah Abd Manap