awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Sejumlah kenderaan terjejas selepas isi minyak, Petronas Dagangan hubungi pelanggan terlibat
'Amanah boleh berganti, terima kasih Perlis' - Mohd Shukri
Arab Saudi catat lebih 11.9 juta jemaah umrah pada bulan Jumada al-Akhirah
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Pengawal keselamatan dilanggar kereta ketika leraikan pergaduhan

Bernama
Bernama
10/03/2025
14:30 MYT
Pengawal keselamatan dilanggar kereta ketika leraikan pergaduhan
Seorang pengawal keselamatan sebuah pusat hiburan mengalami patah di bahagian pinggul akibat dilanggar kereta ketika cuba meleraikan pergaduhan, di Bandar Botanik, Klang awal pagi semalam. - Foto Sinar Harian
SHAH ALAM: Seorang pengawal keselamatan sebuah pusat hiburan mengalami patah di bahagian pinggul akibat dilanggar kereta ketika cuba meleraikan pergaduhan, di Bandar Botanik, Klang awal pagi semalam.
Ketua Polis Daerah Klang Selatan ACP Cha Hoong Foong berkata dalam kejadian kira-kira 2.30 pagi itu, lelaki warga tempatan berusia 33 tahun berkenaan merupakan seorang daripada beberapa pengawal keselamatan yang cuba meleraikan pergaduhan antara pelanggan sebelum seorang suspek bertindak melanggar mangsa.
"Mangsa kemudiannya telah dihantar ke Hospital Tunku Ampuan Rahimah, Klang. Selain patah tulang pinggul kanan, mangsa juga mengalami luka di bahagian perut namun dilaporkan berada dalam keadaan stabil," katanya dalam kenyataan di sini hari ini.
Beliau berkata punca pergaduhan masih disiasat dan polis menahan seorang lelaki warga tempatan berusia 43 tahun kira-kira 3.30 petang tadi.
Semakan menunjukkan suspek mempunyai tiga rekod jenayah dan satu rekod kesalahan dadah manakala kes disiasat di bawah Seksyen 307 dan 148 Kanun Keseksaan.
Terdahulu, tular di media sosial rakaman video yang memaparkan pergaduhan di antara beberapa pihak dengan keadaan memuncak apabila seorang individu dilanggar sebuah kereta.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#pengawal keselamatan
#dilanggar
#pergaduhan
#Polis Daerah Klang Selatan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan