awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
KPDN Kedah kesan 1,071 kes, nilai kompaun lebih RM867,000
Onn Hafiz mohon rakyat Johor peka perkembangan cuaca semasa
KPDN Kelantan rampas barangan hampir RM4.7 juta sepanjang tahun
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Pengawal keselamatan ditahan dipercayai dera anak angkat 4 tahun

Astro Awani
Astro Awani
21/10/2022
08:37 MYT
Pengawal keselamatan ditahan dipercayai dera anak angkat 4 tahun
Siasatan mendapati kanak-kanak lelaki itu dijaga pasangan terbabit sejak berusia lima bulan selepas diserahkan oeh seorang individu tidak dikenali secara suka rela. - Gambar/ Sinar Harian
AMPANG JAYA: Seorang pengawal keselamatan ditahan kerana dipercayai mendera anak angkatnya yang berusia empat tahun di sebuah pangsapuri di sini, pada Khamis.
Ketua Polis Daerah Ampang Jaya, Asisten Komisioner Mohamad Farouk Eshak berkata, suspek merupakan lelaki warga tempatan berumur 30 tahun.
Katanya, terdahulu polis menerima laporan daripada adik ipar suspek berusia 19 tahun.
"Siasatan dijalankan mendapati pengadu iaitu seorang wanita berusia 19 tahun bertengkar dengan kakaknya selepas menegur perbuatan pasangan suami isteri itu yang memarahi anak angkat mereka kira-kira jam 7 petang Rabu lalu.
"Pengadu turut mendakwa pernah melihat mangsa dipukul oleh suspek," katanya dalam kenyataan pada Jumaat.
Katanya, siasatan mendapati kanak-kanak lelaki itu dijaga pasangan terbabit sejak berusia lima bulan selepas diserahkan oeh seorang individu tidak dikenali secara suka rela.
"Mangsa mengalami kecederaan di bahagian badan dan kaki serta kesan luka di bahagian kemaluan dipercayai didera dengan menggunakan tangan oleh suspek," katanya.
Menurutnya, mangsa kini dirawat di Hospital Ampang.
"Siasatan dijalankan membawa kepada penangkapan seorang lelaki yang merupakan ayah angkat kepada mangsa dan suspek direman lima hari bagi siasatan lanjut.
"Kes disiasat di bawah Seksyen 31 (1) Akta Kanak-Kanak 2001," katanya.
Topic Berkaitan
#kes dera
#pengawal keselamatan
#Anak angkat
#Ampang
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan