awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Ekonomi Singapura tumbuh 5.7 peratus pada suku keempat 2025
Enam individu mengaku tidak bersalah terlibat rusuhan bersenjata
Apple kategorikan MacBook Air cip Intel, iPhone 11 Pro sebagai usang

Pengawal keselamatan konsert Taylor Swift dipecat sebab kemaruk nak selfie

Gempak
Gempak
25/08/2023
04:12 MYT
Pengawal keselamatan konsert Taylor Swift dipecat sebab kemaruk nak selfie
Decker malah mengaku meminta untuk menjadi pengawal keselamatan agar tidak perlu membayar sekali gus menjadi penonton di konsert tersebut. - Gempak
SEORANG pengawal keselamatan yang bekerja untuk salah sebuah konsert jelajah Taylor Swift, Eras Tour di Minieapolis dipecat selepas mengambil selfie bersama penyanyi tersebut.
Menurut Variety, Calvin Decker telah merakamkan selfie di hadapan Swift sewaktu diamanahkan menjaga bahagian tengah hadapan pentas.
Foto dirinya dengan Swift di belakang dirakamkan oleh peminat selepas Decker meminta bantuan daripada mereka menerusi permintaan yang ditulis di atas kertas sebelum ‘ditunaikan’ oleh penonton.
Decker malah mengaku meminta untuk menjadi pengawal keselamatan agar tidak perlu membayar sekali gus menjadi penonton di konsert tersebut.
“Jadi saya meminta kerja sebagai pengawal keselamatan supaya tidak perlu membayar tiket konsert.
“Pada malam pertama konsert saya menyedari betapa dekatnya saya dengan Swift yang berada di atas pentas selepas ditugaskan menjaga bahagian depan pentas.
“Saya tidak dibenarkan memandang Swift tetapi mengawasi peminat. Jadi saya memutuskan menulis nota dan meminta peminat mengambilkan selfie jika Swift berada dekat dengan saya. Saya berjaya merakamkan selfie dengan Swift pada malam kedua,” ujar Decker.
Decker bagaimanapun dipecat oleh agensi yang mengambilnya bekerja, Best Crowd Management selepas video dirinya berdiri dan dirakamkan selfie oleh peminat menjadi tular di TikTok.
Katanya dia dipecat atas alasan melanggar peraturan sewaktu bekerja iaitu tidak boleh merakamkan gambar bersama artis. -- Gempak
Topic Berkaitan
#Taylor Swift
#konsert
#selfie
#pengawal keselamatan dipecat
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.