awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Agong berkenan terima menghadap Menteri Agama
Suspek tikam ibu hingga mati direman tujuh hari
Shila Amzah rai 25 tahun perjalanan seni di pentas prestij DFP
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Pengawal keselamatan maut dihempap pokok tumbang di Sik

Bernama
Bernama
13/10/2024
14:36 MYT
Pengawal keselamatan maut dihempap pokok tumbang di Sik
Pasukan bomba menggunakan gergaji berantai untuk memotong dahan pokok yang tumbang dan kemudian menyerahkan mangsa kepada polis untuk tindakan lanjut. - Sinar Harian
SIK: Seorang pengawal keselamatan sekolah maut selepas dihempap pokok tumbang ketika sedang menunggang motosikal di Kampung Bandar Hilir di sini petang tadi.
Ketika kejadian mangsa, Mohd Rizal Aziz, 47, yang menunggang motosikal jenis Yamaha LC 135 seorang diri dalam perjalanan pulang ke rumah selepas menziarahi ibunya yang sakit di Tanjung Besar di sini.
Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Sik Penolong Penguasa Bomba Zulkhairi Mat Tanjil berkata pihaknya menerima panggilan berhubung kejadian itu pada 5.58 petang dan tiba di lokasi pada 6.17 petang.
"Setibanya di lokasi, terdapat seorang mangsa tersepit antara motosikal yang ditunggangi dan dahan pokok tumbang. Mangsa disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian oleh petugas Kementerian Kesihatan (KKM).
"Sebanyak 20 petugas termasuk anggota bomba, Angkatan Pertahanan Awam Malaysia, polis dan sukarelawan Khidmat Malaysia membantu memotong dahan pokok bagi mengeluarkan mangsa," katanya ketika dihubungi Bernama hari ini.
Zulkhairi berkata pasukan bomba menggunakan gergaji berantai untuk memotong dahan pokok yang tumbang dan kemudian menyerahkan mangsa kepada polis untuk tindakan lanjut.
Sementara itu, Ketua Polis Daerah Sik DSP Abdull Razak Osman ketika dihubungi berkata beberapa kawasan di daerah itu dilanda ribut dan hujan lebat pada kira-kira 6 petang tadi.
"Angin kencang telah menyebabkan pokok tumbang di Kampung Bandar Hilir dan menghempap mangsa. Mayat mangsa telah dihantar ke Jabatan Forensik Hospital Sik untuk bedah siasat," katanya.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#mangsa maut
#Pokok tumbang
#pengawal keselamatan
#sik
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan