GUA MUSANG: Seorang pengawal keselamatan maut dipercayai akibat dipijak seekor gajah di kawasan ladang berhampiran Tanah Tinggi Lojing di sini petang semalam.
Ketua Polis Daerah Gua Musang Supt Sik Choon Foo berkata kejadian dipercayai berlaku kira-kira 4 petang ketika mangsa Mohd Marzuki Mohd Nawi, 42, bersama rakannya dalam perjalanan ke sungai untuk memancing ikan di sebuah kawasan ladang kelapa sawit di lokasi terbabit.
"Dalam perjalanan, Mohd Marzuki dan rakannya yang menaiki motosikal telah terserempak dengan dua ekor gajah, mereka yang terkejut telah terjatuh daripada motosikal.
"Setelah dua ekor gajah tersebut meninggalkan tempat kejadian, rakan mangsa yang berjaya melarikan diri kembali semula ke lokasi itu sebelum menemukan mangsa di dalam semak dalam keadaan kesakitan," katanya dalam satu kenyataan hari ini.
Sik berkata rakan mangsa kemudian telah membawa Mohd Marzuki ke Klinik Kesihatan Pos Brooke untuk mendapatkan rawatan.
"Mangsa telah disahkan meninggal dunia oleh pegawai perubatan kira-kira 4.45 petang. Pemeriksaan fizikal ke atas mangsa mendapati kesan lebam dan luka di sebelah pinggang kiri yang dipercayai dipijak gajah.
"Tiada unsur-unsur jenayah ke atas mangsa dan hasil bedah siasat konsisten dengan keterangan saksi. Punca kematian disebabkan 'Traumatic Lung Injury'," katanya.
Sik berkata kes diklasifikasikan sebagai mati mengejut.
-- BERNAMA
Bernama
Thu Aug 03 2023

Lokasi kejadian lelaki maut dipijak gajah di Tanah Tinggi Lojing pada Rabu. - Foto Media sosial

Gunung berapi Anak Krakatau Indonesia meletus
Gunung berapi Anak Krakatau yang terletak di Selat Sunda Indonesia meletus pada pagi Selasa, memuntahkan abu gunung berapi setinggi kira-kira satu kilometer ke udara, kata seorang pegawai.

Kerajaan digesa tingkat aktiviti pemantauan acara hiburan
Kerajaan Terengganu digesa untuk memperketat pemantauan terhadap penganjuran acara hiburan yang melalaikan bagi mengekang penularan budaya hedonisme yang dilihat semakin memburuk di negeri itu.

Tiga beranak cemas diserang gajah
Berpantang maut sebelum ajal, tiga beranak berdepan detik mendebarkan apabila kereta dinaiki mereka diserang sekawan gajah liar di Kilometer 55, Jalan Raya Timur Barat Gerik-Jeli.
Usah putuskan China dari rantaian bekalan global - Li Qiang
Perdana Menteri China, Li Qiang membantah usaha Amerika Syarikat dan Kesatuan Eropah daripada memutuskan China daripada rantaian bekalan perdagangan global dan menyatakan kesediaan untuk mengeratkan kerjasama.
Sarawak tiada hasrat turunkan had umur belia kepada 30 tahun
Menteri Belia, Sukan dan Pembangunan Usahawan Sarawak, Datuk Seri Abdul Karim Rahman Hamzah menjelaskan ketika ini masih ada keperluan untuk mengekalkan had umur yang lebih tinggi dalam pentadbiran ataupun jawatankuasa persatuan belia bagi menguruskan aset dan kewangan.
Jumlah perdagangan Malaysia RM239.5 bilion pada Okt 2023
Jumlah perdagangan Malaysia pada Oktober 2023 berjumlah RM239.5 bilion (Sept 2023: RM224.4 bilion), dengan eksport dan import, masing-masing sebanyak RM126.2 bilion dan RM113.3 bilion, menurut Jabatan Perangkaan Malaysia.
Perak bentang Bajet 2024 pada Jumaat ini
Pembentangan Rang Undang-Undang (RUU) Enakmen Perbekalan 2024 oleh Menteri Besar Datuk Seri Saarani Mohamad bakal menjadi tumpuan pada Persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) Perak yang akan bermula Jumaat ini.
Perlindungan sosial perlu diremajakan, pelengkap subsidi bersasar
Ahmad Zahid yang juga Menteri Kemajuan Desa dan Wilayah menambah, kerajaan berharap
jaringan perlindungan sosial dapat dibincangkan dengan lebih mendalam.
jaringan perlindungan sosial dapat dibincangkan dengan lebih mendalam.
Kadar antara bank jangka pendek ditutup stabil
Kadar antara bank jangka pendek ditutup stabil pada selasa susulan langkah operasi Bank Negara Malaysia (BNM) untuk menyerap lebihan mudah tunai daripada sistem kewangan.
Mudah tunai dalam sistem konvensional berkurangan kepada RM36.91 bilion daripada RM38.95 bilion pada pagi ini manakala mudah tunai dana Islam turut turun kepada RM25.34 bilion daripada RM26.46 bilion.
Mudah tunai dalam sistem konvensional berkurangan kepada RM36.91 bilion daripada RM38.95 bilion pada pagi ini manakala mudah tunai dana Islam turut turun kepada RM25.34 bilion daripada RM26.46 bilion.
Iran gesa gencatan senjata kekal di Palestin
Iran gesa gencatan senjata kekal di Palestin bagi mengelakkan lebih ramai korban.

MBOR iktiraf Ladang Sindiyan sebagai tanaman Musang King terbesar negara
Ketua Pegawai Eksekutif Sindiyan Plantation Sdn Bhd Symantha Chai berkata lebih 200,000 pokok durian Musang King diusahakan di ladang berkenaan.

Tiada sistem pagar elektrik, parit penghalang di kawasan serangan gajah - Perhilitan
Kawasan itu juga tidak mempunyai parit penghalang gajah menyebabkan gajah liar dari Hutan Simpan Brooke sering menceroboh kawasan ladang.

KPKM akan teliti masalah lambakan sayuran di Tanah Tinggi Lojing
Masalah lambakan sayuran yang dilaporkan berlaku di Tanah Tinggi Lojing sehingga menjejaskan kira-kira 500 pekebun akan diteliti.

Musim tengkujuh: Orang Asli rayu aktiviti di Tanah Tinggi Lojing dihentikan sementara
Lebih 3,000 masyarakat Orang Asli di Tanah Tinggi Lojing di sini merayu agar aktiviti pertanian dan penerokaan tanah di kawasan berkenaan dihentikan seketika, sehingga musim tengkujuh berakhir.

Jalan utama Tanah Tinggi Lojing-Cameron Highlands selamat digunakan
Polis turut membuat rondaan di kawasan Lojing bagi memastikan tahap keselamatan pengguna jalan itu.

Polis Kelantan bantu Orang Asli di Tanah Tinggi Lojing buat sekatan jalan
Polis Kelantan akan membantu penduduk Orang Asli di kampung Sendrop, Tanah Tinggi Lojing Gua Musang membuat pemeriksaan di jalan masuk ke kampung tersebut.

Penduduk sepakat kawal jalan masuk kampung, elak penularan COVID-19
Penduduk Orang Asli tersebut bertindak demikian kerana ingin menjaga kampung mereka yang masih dikategorikan sebagai zon hijau.