Pengawal keselamatan maut diserang: Polis tunggu laporan penuh bedah siasat

Dalam kejadian itu, suspek bertindak menampar, menumbuk dan memijak badan mangsa selepas permintaannya untuk ditemani ke blok lain ditolak kerana mangsa tidak boleh meninggalkan pos kawalan. - Gambar fail
KUALA LUMPUR: Polis sedang menunggu laporan penuh bedah siasat bagi melengkapkan siasatan kes kematian seorang pengawal keselamatan berusia 54 tahun yang diserang di luar sebuah kondominium di Jalan Ipoh, di sini, pada 13 Okt lepas.
Ringkasan AI
- Polis menunggu laporan penuh bedah siasat kes kematian pengawal keselamatan berusia 54 tahun yang diserang di luar sebuah kondominium di Jalan Ipoh, Kuala Lumpur pada 13 Okt lalu.
- Suspek yang ditahan pada awalnya mengikut Seksyen 324 Kanun Keseksaan sekarang diberikan jaminan polis berdasarkan penahanan pada peringkat awal.
- Mangsa, R. Chandran, dilaporkan diserang dan cederakan seorang penyewa lelaki di kondominium tersebut sebelum mangsa meninggal dunia akibat serangan jantung.
"Penahan suspek pada peringkat awal mengikut Seksyen 324 Kanun Keseksaan sebelum kes diklasifikasikan semula kepada Seksyen 302 Kanun Keseksaan. Suspek kini diberikan jaminan polis berdasarkan penahanan pada peringkat awal," katanya.
Beliau berkata kepada pemberita selepas majlis penutup latihan abseiling dan rappelling Ibu Pejabat Polis Kontinjen Kuala Lumpur di Balai Bomba dan Penyelamat Sri Petaling di sini hari ini.
Media pada 3 Nov lepas melaporkan siasatan kes berkenaan dikemaskini dengan disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan susulan kematian pengawal keselamatan itu.
Mangsa, R. Chandran, sebelum ini telah membuat laporan polis mendakwa suspek berusia 32 tahun itu telah mengacukan objek menyerupai pistol kepadanya sebelum polis berjaya merampas satu pemetik api yang menyerupai pistol daripada suspek.
Mangsa dilaporkan diserang dan dicederakan oleh seorang penyewa lelaki di sebuah kondominium di Jalan Ipoh ketika bertugas di pos kawalan pada 13 Okt lepas.
Dalam kejadian kira-kira 5 pagi itu, suspek bertindak menampar, menumbuk dan memijak badan mangsa selepas permintaannya untuk ditemani ke blok lain ditolak kerana mangsa tidak boleh meninggalkan pos kawalan.
Mangsa yang mengalami kecederaan tisu lembut pada bahagian kepala dirawat di Hospital Kuala Lumpur sebelum dibenarkan pulang, namun pada malam hari sama, mangsa dilaporkan tidak sedarkan diri di rumahnya dan disahkan meninggal dunia akibat serangan jantung.
-- BERNAMA
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami


