awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Shamsul Iskandar kemuka permohonan pindah pertuduhan rasuah ke Mahkamah Tinggi
Dua maut, enam cedera dalam insiden tembakan di gereja Salt Lake City
Pasport dan MyKad baharu enam bulan lagi, ciri keselamatan dipertingkat
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Pengawal keselamatan maut ditetak, polis kesan dua beradik suspek utama

Astro Awani
Astro Awani
18/04/2021
13:32 MYT
Pengawal keselamatan maut ditetak, polis kesan dua beradik suspek utama
Polis juga mencari dua lelaki masing-masing dikenali sebagai Darwin (kiri) dan Darin (kanan) untuk membantu siasatan. - PDRM
LAHAD DATU: Seorang lelaki warga asing berusia 29 tahun maut dipercayai ditetak dalam satu pergaduhan di perumahan pekerja di sebuah ladang di Ulu Segama, di sini, pada Sabtu.
Ketua Polis Daerah Lahad Datu, Asisten Komisioner Rohan Shah Ahmad, berkata mangsa yang berkerja sebagai pengawal keselamatan itu maut di tempat kejadian akibat parah pada kepala dan bahu selain kedua-dua lengan serta tapak kaki kanannya hampir putus.
Beliau berkata, siasatan awal mendapati, kejadian jam 6.55 pagi itu bermula apabila mangsa dipercayai menyerang suspek yang juga adik-beradik kerana berang dipersendakan.
"Perselisihan faham itu menyebabkan pergaduhan yang seterusnya mengakibatkan mangsa maut. Mayatnya dihantar ke Hospital Lahad Datu untuk bedah siasat," katanya di sini, pada Ahad.
Beliau berkata, polis sudah menahan empat lelaki dan seorang wanita berusia 18 hingga 35 tahun untuk membantu siasatan, namun dua beradik yang juga suspek utama sedang dikesan.
Beliau berkata, pihaknya juga mencari dua lelaki masing-masing dikenali sebagai Darwin, 35, dan Darin, 23, untuk membantu siasatan dan meminta orang ramai yang mempunyai maklumat menghubungi polis dengan segera.
Katanya, kes itu disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh.
Kes Bunuh | Dua beradik warga Filipina diburu
Topic Berkaitan
#suspek
#kes bunuh
#bunuh
#pergaduhan
#ditetak
#ulu segama
#Lahad Datu
#polis
#dua beradik
#suspek utama
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan