awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Polis buka kertas siasatan pemalsuan dokumen tujuh pemain warisan
Ringgit melonjak: Ahli ekonomi jangka mata wang tempatan mungkin kembali ke paras 3.82
Tiga ADUN Perlis tergugur jawatan diminta pulangkan segera aset kerajaan negeri
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Pengawal keselamatan maut tersepit pagar automatik

Muhammad Aiman Hakeem
Muhammad Aiman Hakeem
27/10/2022
14:40 MYT
Pengawal keselamatan maut tersepit pagar automatik
Mangsa ditemukan tersepit pada sebuah pagar automatik di premis terbabit. - Gambar/ JBPM
JOHOR BAHRU: Seorang pengawal keselamatan warga Pakistan maut selepas tersepit pada pagar automatik sebuah gudang perkasas besi di Jalan Sri Purnama 5, di sini, pada Khamis malam.
Komander Operasi Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Tebrau, Pegawai Bomba Kanan Dua Khairul Azhar Abdul Aziz, berkata pihaknya menerima panggilan kecemasan mengenai kejadian itu pada jam 7.29 malam
Katanya, mangsa, Sami Ur Rahman, 29, ditemukan tersepit pada sebuah pagar automatik di premis terbabit.
"Mangsa telah disahkan meninggal dunia oleh pasukan perubatan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) yang berada di lokasi kejadian.
"Pasukan Keluaran Operasi (PKO) bertindak membuka pagar automatik tersebut secara manual dengan bantuan pegawai penyelenggara di gudang tersebut.
"Operasi menyelamat disertai seramai empat orang anggota dan sebuah jentera FRT dari BBP Tebrau," katanya dalam satu kenyataan Khamis malam.
Tambahnya, operasi ditamatkan sekitar jam 8.25 malam dan mangsa telah diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan lanjut.
Topic Berkaitan
#pengawal keselamatan
#tersepit
#pagar besi
#Johor
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan