MALAYSIA
Pengawal keselamatan mengaku tidak bersalah ceroboh tanah persendirian
Paramaguru didakwa di Mahkamah Majistret Sepang pada Isnin atas satu pertuduhan menceroboh tanah persendirian, tahun lalu. - Foto Sinar Harian
SEPANG: Seorang pengawal keselamatan mengaku tidak bersalah di Mahkamah Majistret di sini hari ini, atas pertuduhan menceroboh kawasan tanah milik individu di Dengkil, Sepang pada 19 Jun tahun lepas.
M Paramaguru, 49, yang juga pengerusi di sebuah kuil didakwa melakukan kesalahan pencerobohan jenayah dengan memasuki kawasan tanah milik Suhaili Ahmad tanpa kebenaran di Jalan Selangor, Dredging, Dengkil pada 19 Jun 2025, kira-kira 4.45 petang.
Paramaguru didakwa mengikut Seksyen 447 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum enam bulan atau denda hingga RM3,000 atau kedua-duanya jika sabit kesalahan.
Majistret Khairatul Animah Jelani membenarkan tertuduh diikat jamin RM4,000 dan menetapkan 12 Mac untuk sebutan semula kes serta serahan dokumen.
Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Iznina Hanim Hashim manakala tertuduh diwakili peguam H Darshela.
-- BERNAMA