awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Isu FAM: Penyokong diharap tidak luntur semangat - Mohammed Taufiq
Ketua PBB beri amaran peningkatan ketegangan di wilayah Tigray, Ethiopia
Tiga lagi mayat ditemukan dalam operasi SAR MV Trisha Kerstin 3 yang karam di Filipina
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Pengawal keselamatan sekolah didakwa rogol 'kekasih', pelajar Tingkatan Satu

Astro Awani
Astro Awani
09/04/2019
23:56 MYT
Pengawal keselamatan sekolah didakwa rogol 'kekasih', pelajar Tingkatan Satu
Suspek berumur 24 tahun yang sudah berkahwin itu ditahan polis di pos kawalan sekolah berkenaan pada jam 2.20 petang Selasa selepas ibu mangsa membuat laporan polis. - Gambar hiasan
Padah menjalinkan 'hubungan asmara' terlarang dengan pelajar perempuan Tingkatan Satu, seorang pengawal keselamatan di sebuah sekolah menengah di Balik Pulau, Pulau Pinang ditahan polis selepas dipercayai merogol gadis bawah umur berkenaan.
Suspek berumur 24 tahun yang sudah berkahwin itu ditahan polis di pos kawalan sekolah berkenaan pada jam 2.20 petang Selasa selepas ibu mangsa membuat laporan polis.
Ketua Polis Daerah Barat Daya, Superintendan A A Anbalagan berkata, ibu mangsa mengesyaki anaknya itu mempunyai hubungan dengan pengawal keselamatan terbabit selepas mendapat bukti mereka pernah dilihat bercium.
Bagaimanapun pelajar berkenaan enggan mengaku dia mempunyai hubungan dengan suspek walaupun didesak ibunya berkali-kali.
Anbalagan berkata, siasatan awal mendapati suspek mengaku mereka bercinta sejak Februari lalu dan pernah mengadakan hubungan seks dengan pelajar terbabit awal Mac lalu di dalam pos pengawal keselamatan.
Susulan itu, pihak polis telah membawa remaja itu menjalani pemeriksaan di Hospital Pulau Pinang ( HPP).
Katanya, suspek akan direman bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 376 Kanun Keseksaan.
Topic Berkaitan
#A A Anbalagan
#hubungan asmara
#hubungan seks
#Ketua Polis Daerah Barat Daya
#pelajar Tingkatan Satu dirogol
#pengawal keselamatan dicekup
#rogol
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan