awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Vokalis 3 Doors Down, Brad Arnold meninggal dunia akibat kanser
Rakyat Thailand keluar mengundi untuk pilih Ahli Parlimen baharu
Hari Keselamatan Internet berlangsung di Tasik Titiwangsa hari ini
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Pengawal keselamatan warga Filipina dipenjara guna MyKad palsu

Bernama
Bernama
26/12/2013
09:08 MYT
Pengawal keselamatan warga Filipina dipenjara guna MyKad palsu
-gambar hiasan
Tiga pengawal keselamatan warga Filipina dipenjara enam bulan oleh Mahkamah Majistret di sini selepas mengaku bersalah menggunakan kad pengenalan palsu dan kad pengenalan orang lain.
Majistret Erry Shahriman Nor Aripin menjatuhkan hukuman itu terhadap Algapur Sampang, 21, Aliza Lahaman, 38, dan Salihin Abnarin, 21, serta memerintahkan mereka menjalani hukuman itu bermula dari tarikh ditangkap, hari ini.
Algapur dan Aliza didakwa menggunakan kad pengenalan palsu manakala Salihin didakwa menggunakan kad pengenalan milik orang lain sebagai pengenalan diri di Pos Pengawal Mandy Villa, No. 451, Jalan Segambut di sini pada 1.20 pagi Khamis.
Mereka didakwa mengikut Peraturan 25 (1)(e) Peraturan-peraturan Pendaftaran Negara 1990 (Pindaan 2007) yang membawa hukuman penjara maksimum 3 tahun atau denda sehingga RM20,000 atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan.
Mengikut fakta kes, ketika kejadian ketiga-tiga tertuduh ditahan sekumpulan anggota dan pegawai penguatkuasaan Jabatan Pendaftaran Negara (JPN), Putrajaya, yang menjalankan operasi pemeriksaan dokumen di pos pengawal itu.
Hasil siasatan, ketiga-tiganya mengaku tidak memiliki sebarang pengenalan diri yang sah ketika ditahan.
Pendakwaan dikendalikan Pegawai Pendakwa daripada JPN Sulaiman Ghamat manakala ketiga-tiga tertuduh tidak diwakili peguam.
Topic Berkaitan
#Jabatan Pendaftaran Negara
#Kad pengenalan palsu
#mykad
#pengawal keselamatan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan