MALAYSIA
Pengawal keselamatan warga Nepal liwat kucing didenda RM40,000
Anggota Jabatan Penjara membawa Arman (kanan) ke Mahkamah Sesyen Shah Alam pada Rabu.
SHAH ALAM: Perbuatan jijik seorang pengawal keselamatan warga Nepal meliwat kucing mengundang padah apabila Mahkamah Sesyen di sini pada Rabu menjatuhkan hukuman denda RM40,000 terhadapnya.
Ringkasan AI
Arman Shah, 33, dikenakan hukuman itu selepas mengaku bersalah di hadapan Hakim, Nor Hasniah Ab Razak atas satu pertuduhan mendera haiwan itu secara kejam.
Mahkamah memerintahkan lelaki itu dipenjara 15 bulan sekiranya gagal membayar denda tersebut.
Mengikut pertuduhan, lelaki bujang itu didakwa mendera binatang terbabit di tingkat empat sebuah pangsapuri di Kota Kemuning, Seksyen 31 di sini pada jam 12.30 tengah malam, 15 November lalu.
Pertuduhan dibuat mengikut Seksyen 29(1)(a) Akta Kebajikan Haiwan 2015 yang membawa hukuman penjara hingga tiga tahun atau denda tidak melebihi RM100,000 atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan.
Semasa prosiding, Arman yang tidak diwakili peguam merayu dikenakan hukuman ringan.
“Saya salah, kurangkan hukuman, saya nak balik Nepal sebab mak sakit,” katanya.
Bagaimanapun, Timbalan Pendakwa Raya, Nurul Sofea Jaysal menegaskan kelakuan tertuduh sangat keterlaluan, kejam dan tidak sepatutnya dinormalisasikan.
"Kes ini telah mendapat perhatian umum sehingga menimbulkan kemarahan dan kegusaran orang awam.
"Mohon hukuman berat sebagai pengajaran bukan hanya kepada tertuduh malah masyarakat,” katanya.
Pada 21 November lalu, Sinar Harian melaporkan, lelaki itu dihukum penjara empat bulan oleh Mahkamah Majistret di sini atas dua pertuduhan iaitu berpakaian separuh bogel dan memasuki Malaysia tanpa dokumen sah. - Sinar Harian
Ringkasan AI
- Pengawal keselamatan warga Nepal didenda RM40,000 oleh Mahkamah Sesyen atas kes liwat kucing, dengan ancaman penjara 15 bulan jika gagal bayar.
- Pertuduhan mendera haiwan di pangsapuri Kota Kemuning pada jam 12.30 tengah malam, 15 November lalu, mengikut Seksyen 29(1)(a) Akta Kebajikan Haiwan 2015.
- Timbalan Pendakwa Raya menegaskan kelakuan tertuduh keterlaluan dan tidak patut dinormalisasi, memohon hukuman berat sebagai pengajaran kepada masyarakat.