awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Yu Qi bertemu Kunlavut pada final Terbuka Malaysia 2026
UPSR, PT3 dikaji semula: Ahli akademik cadang penambahbaikan
76 pesakit dirawat sehari: Amaran serius kesihatan jantung rakyat Malaysia - Pakar
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Pengedar dadah ditahan dan 16 kilogram heroin dirampas

Aizat Sharif
Aizat Sharif
26/03/2013
09:34 MYT
Pengedar dadah ditahan dan 16 kilogram heroin dirampas
Sebanyak 16 kilogram heroin dan 50 gram syabu bernilai RM400,000 dirampas setelah polis menyerbu sebuah kereta yang diletakan di kawasan Kampung Rawa di Georgetown, Pulau Pinang pada Khamis lalu.
Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik Bukit Aman, Datuk Noor Rashid Ibrahim berkata serbuan dilakukan pada jam 11.10 malam apabila polis menerima maklumat orang ramai mengenai kehadiran sebuah Honda Accord yang mencurigakan di kawasan itu.
“Apabila polis menyerbu kereta itu mereka berjaya menahan seorang lelaki berumur 46 tahun dan menemui sejumlah besar dadah diletakan dalam kereta tersebut,” kata Noor Rashid.
Pemeriksaan turut menemui wang tunai berjumlah RM5371 bersama lelaki tersebut dan dipercayai wang tersebut adalah wang dari hasil jualan dadah kepada sindiket-sindiket tempatan.
“Siasatan kita mendapati lelaki yang berasal dari Pulau Pinang itu memang aktif mengedar dadah di kawasan Pulau Pinang dan Kedah,” kata beliau lagi.
Suspek kini direman unutk membantu siasatan di bawak Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952 yang boleh membawa hukuman gantung sampai mati.
Topic Berkaitan
#heroin
#pengedar
#polis
#pulau pinang
#sindiket
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan