Polis Thailand menembak mati seorang pengedar dadah dan merampas lima juta pil methamphetamine di Daerah Mae Chan, Wilayah Chiang Rai, berhampiran sempadan utara negara berkenaan dengan Myanmar, malam tadi.

Dalam insiden pada 11.30 malam itu, Biro Pencegahan Narkotik (NSB) Thailand memaklumkan anggotanya menjumpai pil methamphetamine itu dibungkus dalam 24 karung di dalam trak pikap dipandu seorang lelaki berusia 29 tahun di Daerah Mae Pha Luang, Chiang Rai.

"Pengedar dadah terbabit enggan menghentikan kenderaannya apabila diarahkan pegawai NSB. Lelaki tersebut kemudian melepaskan tembakan ke arah sepasukan anggota berkenaan yang membalas tembakan mengakibatkan suspek mati di tempat kejadian," kata NSB dalam kenyataan hari ini.