KUALA LUMPUR: Kerajaan membuat keputusan strategik untuk mengekalkan status quo kadar caj elektrik dan air bagi menyokong perniagaan, ekonomi dan rakyat secara keseluruhannya, kata pakar ekonomi.
Ketua Ahli Ekonomi Juwai IQI Global, Shan Saeed berkata keputusan kerajaan itu adalah seiring dengan jangkaan pasaran dalam usaha menyokong sepenuhnya industri dan meningkatkan keyakinan ekonomi di samping disokong oleh permintaan domestik yang kukuh supaya trajektori Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) kekal utuh.
Beliau yang memetik data daripada https://www.globalpetrolprices.com bagi September 2021 berkata harga elektrik di Malaysia adalah kompetitif pada US$0.05 per kilowatt jam (kWj) untuk isi rumah dan US$0.088 setiap kWj bagi perniagaan, yang merangkumi semua komponen bil elektrik seperti kos kuasa, pengagihan dan cukai.
"(Harga di) Malaysia masih amat berpatutan di rantau ini," katanya kepada Bernama.
Beliau berkata demikian bagi mengulas keputusan kerajaan pada Jumaat untuk mengekalkan kadar tarif air dan elektrik semasa.
Shan berkata sebagai perbandingan, purata harga elektrik di dunia pada September 2021 adalah US$0.133 setiap kWj untuk isi rumah dan US$0.125 bagi perniagaan.
Laporan itu menjelaskan dalam tempoh yang sama, harga elektrik isi rumah bagi beberapa negara ASEAN berbanding dengan Malaysia adalah Indonesia pada US$0.097 per kWj; di Thailand pada US$0.107 setiap kWj, Filipina berharga US$0.165 per kWj dan Singapura pada US$0.180 setiap kWj, katanya.
Susulan gangguan dalam pasaran tenaga global ditambah pula dengan konflik berterusan di Rusia-Ukraine, loji jana kuasa arang batu yang semakin uzur, pandemik COVID-19 dan musim sejuk, beberapa negara baru-baru ini iaitu Singapura, Indonesia, India dan Australia telah menyemak tarif elektrik mereka.
"Berdasarkan laporan ini, ia menunjukkan tarif elektrik Malaysia masih amat kompetitif dan berpatutan di rantau ini dalam kalangan negara ASEAN.
"Selain itu, ketibaan lebih ramai pelancong antarabangsa di Malaysia memberi petanda baik untuk perniagaan tempatan dan ekonomi. Kami di Juwai IQI optimis dengan prospek ekonomi negara," katanya.
Shan berkata firmanya kekal yakin dengan ekonomi Malaysia dan mengunjurkan KDNK negara bagi 2022 mengalami laluan 'berliku-liku' pada sekitar empat hingga lima peratus dengan harga komoditi yang lebih tinggi untuk meningkatkan bahagian fiskal dalam lembaran imbangan kerajaan.
Sementara itu, Ketua Ahli Ekonomi Bank Islam Malaysia Bhd,Dr Mohd Afzanizam Abdul Rashid berkata dalam konteks semasa, Malaysia sedang mengalami situasi di mana sesuatu perkara itu perlu dilakukan dengan segera kerana faktor masa, dengan perlu membuat keputusan penting namun pemansuhan subsidi mungkin mengakibatkan inflasi lebih tinggi.
Beliau berkata negara pernah mengalami situasi sedemikian pada Jun 2008 apabila kerajaan memutuskan untuk mengurangkan subsidi RON97 sebanyak 78 sen seliter sekali gus.
Kadar inflasi melonjak kepada 8.5 peratus pada Jun 2008 daripada 3.8 peratus pada bulan sebelumnya dan aliran tersebut berterusan bagi beberapa bulan.
"Belajar daripada pengalaman lepas, harga barangan lain juga cenderung kekal tinggi walaupun harga bahan api turun. Keadaan ini dikenali sebagai kekakuan harga untuk turun," katanya.
Mohd Afzanizam berkata secara ringkasnya, mengambil masa yang sesuai adalah penting dalam usaha untuk melaksanakan perubahan.
"Mesti ada hala tuju yang jelas supaya keadaan boleh dijangkakan. Walau apapun, mendapat sokongan sepenuhnya daripada rakyat adalah satu kemestian kerana reaksi atau respons yang negatif dan tidak menggalakkan boleh melambatkan agenda pembaharuan dan menyebabkan tahap tekanan meningkat.
"Jadi, memperlihatkan kredibiliti juga penting untuk menunjukkan bahawa kerajaan mampu mengawal keadaan sukar semasa," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Sat Jun 25 2022
Keputusan kerajaan itu seiring jangkaan pasaran dalam usaha menyokong sepenuhnya industri dan meningkatkan keyakinan ekonomi. - Gambar hiasan
MYStartup lancar program pemecut ketiga perkasa syarikat pemula niaga
MYStartup terus memperkasa syarikat pemula niaga di Malaysia dengan memulakan program pemecut ketiganya MYStartup Accelerator Kohort 3.
Perdagangan Malaysia meningkat 7.1% tahun ke tahun kepada RM690.59 bilion - MITI
Perdagangan Malaysia bagi Januari hingga Mac 2024 mengekalkan trend peningkatan, merekodkan pertumbuhan 7.1 peratus tahun ke tahun kepada RM690.59 bilion, dengan lebihan dagangan RM34.22 bilion.
Keselamatan makanan, perubahan iklim agenda utama Malaysia selaku Pengerusi ASEAN
Memperkukuh keselamatan makanan serantau dan menangani cabaran mendesak perubahan iklim adalah antara agenda utama yang akan diketengahkan Malaysia apabila memegang tampuk Pengerusi ASEAN.
Freedom Flotilla to Gaza: 'Konflik Israel-Iran bukan urusan kami' - FFC
Misi Break the Siege of Gaza Freedom Flotilla tetap akan diteruskan sekiranya konflik di antara Israel dan Iran terus meningkat.
KKR harap projek naik taraf 3 jalan di Johor dilaksana tahun depan - Ahmad Maslan
Kementerian Kerja Raya (KKR) berharap kerja naik taraf tiga jalan di Johor dapat dilaksanakan tahun hadapan susulan pertambahan kenderaan menggunakan jalan tersebut.
KDNK Malaysia suku pertama dianggar berkembang 3.9% dipacu sektor perkhidmatan - DOSM
Sektor pembinaan menunjukkan pertumbuhan yang signifikan sebanyak 9.8 peratus berbanding 3.6 peratus pada suku tahun sebelumnya, terutama dipacu oleh subsektor kejuruteraan awam.
MARGMA yakin permintaan sarung tangan getah global meningkat pada 2024
Persatuan Pengeluar Sarung Tangan Getah Malaysia (MARGMA) yakin permintaan global terhadap sarung tangan getah akan meningkat pada 2024.
Letusan Gunung Ruang: Kualiti udara di Sarawak tidak terjejas
Letusan Gunung Ruang di Indonesia tidak menjejaskan kualiti udara di Sarawak.
[LAPOR LANGSUNG] Freedom Flotilla to Gaza: Sah! Tiga kapal tetap berlayar, redah laut Mediterranean 24 April ini
FFC mengesahkan tiga kapal yang terlibat dalam misi Break the Siege of Gaza Freedom Flotilla akan memulakan pelayaran pada 24 April depan.
Freedom Flotilla to Gaza: Sah! Tiga kapal tetap berlayar, redah laut Mediterranean 24 April ini
FFC mengesahkan tiga kapal yang terlibat dalam misi Break the Siege of Gaza Freedom Flotilla akan memulakan pelayaran pada 24 April 2024 bersamaan hari Rabu.
Kelantan tetap laksana pelarasan tarif air - Mohd Nassuruddin
Kerajaan Kelantan tetap melaksanakan pelarasan tarif air di negeri itu yang akan memberikan kebaikan kepada rakyat.
Pelarasan tarif air baharu bagi pengguna domestik, bukan domestik di Terengganu berkuat kuasa 1 Feb
Pelarasan tarif air baharu bagi kategori pengguna domestik dan bukan domestik di Terengganu akan berkuat kuasa pada 1 Feb depan.
Melaka umum tarif baharu air Rabu ini - Ab Rauf
Kerajaan Melaka akan mengumumkan tarif baharu air pada Rabu ini dengan mengutamakan kepentingan pengguna dan pemegang taruh terlibat.
Tarif air: MCA mahu PM campur tangan, audit operator dan rombak SPAN
Naib Presiden MCA, Datuk Seri Wee Jeck Seng berkata, bekalan air bersih dan berterusan kepada rakyat bukan suatu perniagaan, tetapi tanggungjawab dan misi kerajaan.
Tarif air baharu di Johor bermula 1 Feb
Syarikat pengendali air di negeri ini, Ranhill SAJ akan melaksanakan pelarasan tarif air baharu bagi kategori domestik bermula 1 Feb ini sepertimana yang diputuskan kerajaan Persekutuan baru-baru ini.
Persetujuan pelarasan tarif air berdasarkan permintaan kerajaan negeri - PM
Menurut Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim, ada negeri yang tidak pernah melakukan pelarasan tarif arif melebihi 40 tahun.
Rungutan masalah air di Kelantan berkurang - Nassuruddin
Rungutan berkaitan masalah air di Kelantan semakin berkurangan berikutan usaha kerajaan menaik taraf keperluan itu.
Pelarasan kadar tarif air jamin perkhidmatan lebih baik - AWER
Pengumuman pelarasan tarif air yang diumumkan Suruhanjaya Perkhidmatan Air Negara (SPAN) adalah suatu usaha yang mampu menjamin perkhidmatan air yang lebih baik di negara ini.
Bermula 1 Februari, tarif air naik purata 22 sen setiap meter padu
SPAN umum tarif air pengguna domestik di Semenanjung dan Labuan diselaras berkuat kuasa 1 Februari.
Isu tarif air: SPAN adakan sidang media dalam tempoh terdekat
Suruhanjaya Perkhidmatan Air Negara (SPAN) akan mengadakan sidang media dalam masa satu atau dua minggu lagi bagi menjawab isu pelarasan tarif air.