GADGETS

Pengeluar komputer dijangka beralih kepada CXMT untuk bekalan memori pengguna

Amanz 06/02/2026 | 06:00 MYT
Kekurangan bekalan daripada pengeluar besar seperti Samsung, SK Hynix dan Micron mendorong pengeluar komputer utama seperti Acer, Dell, HP dan ASUS untuk mencari sumber memori alternatif daripada CXMT. -Foto Amanz
CHANGXIN Memory Technologies (CXMT) dari China dilapor meningkatkan pengeluaran DRAM bagi memenuhi permintaan pasaran, khususnya selepas kekurangan bekalan memori global menjejaskan industri komputer.


Ringkasan AI
  • CXMT dari China meningkatkan pengeluaran DRAM untuk menangani kekurangan bekalan memori global, menyebabkan harga modul memori mereka menjadi lebih mampu milik untuk pasaran tempatan.
  • Kekurangan bekalan daripada pengeluar besar seperti Samsung, SK Hynix dan Micron mendorong pengeluar komputer utama seperti Acer, Dell, HP dan ASUS untuk mencari sumber memori alternatif daripada CXMT.
  • Dell menilai kemampuan DRAM CXMT sebagai langkah mengurangkan risiko kenaikan harga memori, sementara Acer dan ASUS meminta rakan pengeluaran di China menilai bekalan memori tempatan bagi memastikan pengeluaran komputer pengguna tidak terjejas.

Klik di sini untuk FAQ berkaitan artikel ini

Situasi ini turut menyebabkan modul memori mereka ditawarkan pada harga lebih mampu milik untuk pasaran tempatan.

Kekurangan bekalan daripada pengeluar besar seperti Samsung, SK Hynix dan Micron mendorong beberapa pengeluar komputer utama — termasuk Acer, Dell, HP dan ASUS — meninjau kemungkinan mendapatkan sumber memori alternatif daripada CXMT.

Dell khususnya dilaporkan sedang menilai kemampuan DRAM keluaran CXMT sebagai langkah mengurangkan risiko kenaikan harga memori sepanjang 2026.

Acer dan ASUS pula meminta rakan pengeluaran mereka di China menilai bekalan memori tempatan bagi memastikan pengeluaran komputer pengguna tidak terganggu.

Buat masa ini, pengeluar PC masih mempunyai bekalan memori yang mencukupi sehingga pertengahan tahun.

Namun, jika kekurangan berterusan dan harga komponen meningkat, syarikat-syarikat berkenaan dijangka terpaksa menyesuaikan strategi bekalan serta harga jualan produk mereka. -Amanz



Fakta Segera: Jawapan Pantas Dari AI
  • Q: Apakah tindakan yang diambil CXMT dari China berkenaan dengan peningkatan pengeluaran DRAM?
    A: CXMT dilaporkan meningkatkan pengeluaran DRAM bagi memenuhi permintaan pasaran, terutamanya selepas kekurangan bekalan memori global.
  • Q: Bagaimanakah kekurangan bekalan daripada pengeluar besar mempengaruhi industri komputer?
    A: Kekurangan bekalan daripada pengeluar besar menyebabkan beberapa pengeluar komputer utama seperti Acer, Dell, HP, dan ASUS mencari sumber memori alternatif daripada CXMT.
  • Q: Apa langkah yang diambil oleh Dell bagi mengurangkan risiko kenaikan harga memori sepanjang 2026?
    A: Dell sedang menilai kemampuan DRAM keluaran CXMT sebagai langkah mengurangkan risiko kenaikan harga memori sepanjang 2026.
  • Q: Bagaimanakah pengeluar komputer utama seperti Acer dan ASUS merespon kekurangan bekalan memori global?
    A: Acer dan ASUS meminta rakan pengeluaran mereka di China menilai bekalan memori tempatan bagi memastikan pengeluaran komputer pengguna tidak terganggu.
  • Q: Apakah akibat jika kekurangan bekalan memori berterusan dan harga komponen meningkat?
    A: Syarikat-syarikat pengeluar komputer mungkin terpaksa menyesuaikan strategi bekalan serta harga jualan produk mereka jika kekurangan bekalan memori berterusan dan harga komponen meningkat.



#CXMT #kekurangan bekalan memori global #dram #Samsung SK Hynix dan Micron