KUALA LUMPUR: Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) pada Selasa mengingatkan sebarang kemelesetan kepercayaan terhadapnya berkemungkinan boleh menyebabkan pengeluaran caruman secara besar-besaran yang memberi impak negatif terhadap pasaran modal negara.
Ketika menyuarakan kebimbangan itu, dana persaraan tersebut berkata ini berikutan sehingga kini terdapat lebih RM270 bilion simpanan yang boleh dikeluarkan pada bila-bila masa oleh ahli yang mencapai usia melebihi 55 atau 60 tahun serta mereka yang mempunyai simpanan lebih RM1 juta.
"Adalah dibimbangi bahawa kemelesetan kepercayaan terhadap KWSP akan memaksa golongan ahli ini mengeluarkan simpanan mereka dengan banyak dan memberi impak negatif terhadap pasaran domestik memandangkan KWSP merupakan tonggak utama dalam pegangan aset pelaburan pasaran modal dan kewangan dalam negara.
"Skala dan kesan pandemik COVID-19 yang tidak dijangka serta kejadian bencana alam baru-baru ini telah menolak perlindungan sosial semasa negara ke tahap maksimum dan pendekatan menggunakan simpanan KWSP untuk keperluan kecemasan pastinya akan memberikan impak yang teruk ketika ahli berdepan ketidakcukupan wang simpanan persaraan dan ditambah lagi dengan ketidaktentuan lain seperti peningkatan kos penjagaan kesihatan," katanya dalam satu kenyataan semalam.
KWSP menjelaskan, skim pengeluaran i-Lestari dan i-Sinar pada 2020 dan disusuli dengan i-Citra pada Julai 2021, adalah bersifat luar biasa kerana inisiatif itu telah diperkenalkan semata-mata untuk memenuhi keperluan aliran tunai yang mendesak semasa tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dan kelembapan ekonomi.
Setakat Oktober 2021, sebanyak RM101 bilion telah dikeluarkan di bawah tiga skim pengeluaran yang bersamaan dengan 22 peratus daripada RM530 bilion pakej rangsangan diperkenalkan kerajaan untuk membantu rakyat Malaysia secara keseluruhannya.
"Walaupun skim pengeluaran ini telah memberi sedikit kelegaan kewangan kepada ahli ketika pandemik dan PKP, ia telah menyebabkan sebanyak 6.1 juta ahli kini mempunyai kurang daripada RM10,000 dalam akaun mereka dengan 3.6 juta daripadanya mempunyai kurang RM1,000 iaitu tahap yang sememangnya tidak dapat menjamin persaraan mereka," katanya.
KWSP berkata, majoriti ahli yang membuat pengeluaran kecemasan merupakan kalangan Bumiputera dan berikutan itu sebanyak 4.4 juta atau 54 peratus golongan tersebut mempunyai simpanan kurang daripada RM10,000 manakala 2.0 juta atau 25 peratus pula kurang daripada RM1,000.
"Ini amat membimbangkan kerana bilangan ini mencerminkan peningkatan peratusan ahli yang tidak mencapai kuantum Simpanan Asas KWSP sebanyak RM240,000 iaitu jumlah minimum diperlukan oleh ahli apabila mencapai umur 55 tahun," katanya.
KWSP juga menegaskan, selain penyusutan pendapatan masa depan individu, ia juga bimbang bahawa ketirisan selanjutnya akan menjejaskan kedudukannya sebagai sebuah organisasi simpanan persaraan dan pemegang amanah masa depan persaraan ahli.
"Sebagai pemegang amanah, KWSP mempunyai kewajipan fidusiari dalam menjaga kepentingan yang saksama untuk semua ahlinya, lebih-lebih lagi apabila masih terdapat berjuta-juta ahli yang tidak menyentuh simpanan mereka dengan harapan untuk mendapat pulangan lebih baik demi menjamin kehidupan persaraan mereka kelak," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Tue Dec 28 2021
KWSP berkata, skim pengeluaran i-Lestari dan i-Sinar pada 2020, disusuli i-Citra pada Julai 2021, adalah bersifat luar biasa kerana ia diperkenalkan semata-mata untuk memenuhi keperluan aliran tunai yang mendesak semasa PKP dan kelembapan ekonomi.
Qatar nilai semula peranan sebagai pengantara gencatan senjata Gaza
Qatar sedang menilai semula peranannya sebagai orang tengah dalam rundingan gencatan senjata antara Pejuang Hamas dan Israel.
UNSC akan mengundi Jumaat mengenai keahlian PBB Palestin
Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNSC)dijadual mengundi atas permintaan Palestin untuk menjadi ahli penuh PBB, pada Jumaat.
Lebih 14,000 kanak-kanak dibunuh di Gaza, Israel telah mengalahkan Hitler - Presiden Turki
Israel melakukan pembunuhan beramai-ramai yang merupakan aib dalam sejarah manusia, baik di Gaza dan Tebing Barat, tegas Erdogan.
14 orang cedera dalam serangan Hizbullah ke atas pusat komando Israel
Hizbullah sifatkan, serangan itu "sebagai tindak balas kepada pembunuhan beberapa pejuang penentangan."
Israel akan mempertahankan dirinya sendiri - Benjamin Netanyahu
Israel akan membuat keputusan sendiri dan akan melakukan segala yang diperlukan untuk mempertahankan diri.
Kerajaan Perak bantu pelajar bawa pulang kitab Turath
Kerajaan negeri Perak menghargai jasa pelajar tajaan MAIPk itu yang bersungguh-sungguh mengumpulkan khazanah berharga tersebut.
FAM mahu persatuan, kelab belia kreatif lahirkan pemain berkualiti
Negara tidak seharusnya terlalu bergantung kepada bakat di sekolah sukan atau Akademi Mokhtar Dahari dalam melahirkan bintang bola sepak.
Manja Man pengendali baharu Kelantan FC
Bekas pemain pertahanan itu yakin Kelantan memiliki bakat muda yang mampu dibentuk menjadi pemain bernilai bagi pasukan kembali digeruni.
10 peratus daripada 1,900 premis di Selangor tidak patuhi piawaian FC
Selain tidak melaksanakan latihan kebakaran, premis berkenaan juga didapati tidak akur dari segi piawaian pengubahsuaian bangunan.
IMF semak naik unjuran KDNK Malaysia kepada 4.4 peratus bagi 2024
IMF menerusi Tinjauan Ekonomi Dunia terbaharunya juga menjangkakan pertumbuhan KDNK kekal pada 4.4 peratus dalam 2025.
Industri akuakultur catat pengeluaran bernilai RM3.9 bilion pada 2023
Pameran kali ini juga diharapkan dapat menarik minat pelabur atau kumpulan sasar dalam industri akuakultur.
Kebimbangan mengenai El Nino pacu niaga hadapan MSM ditutup tinggi
Corak iklim El Nino yang dijangka menjadi kenyataan pada bulan-bulan mendatang, akan mempengaruhi pengeluaran MSM.
KWSP: Keputusan tidak popular tetapi kebajikan rakyat terjaga - Rafizi
Beliau menjelaskan kerajaan tidak membenarkan pengeluaran bersasar KWSP kerana bertanggungjawab untuk menjaga kebajikan rakyat.
Pengeluaran, jualan Perodua tumbuh dua digit pada bulan pertama 2023
Pengeluaran meningkat 32.95 peratus kepada 51,134 unit pada dua bulan pertama tahun ini berbanding 38,460 unit pada tempoh sama sebelumnya.
Perodua tingkatkan pengeluaran bagi memenuhi permintaan
Perodua merancang untuk meningkatkan pengeluaran untuk menyelesaikan isu tempoh menunggu yang lama berikutan jumlah tempahan yang meningkat, yang kini berjumlah 243,000 unit.
Kerajaan sedia bantu Perodua luaskan pasaran luar negara - PM Ismail Sabri
Beliau mahu Perodua terus mempertingkatkan kebolehan pengeluarannya, sekali gus mencapai skala ekonomi yang kompetitif.
Stok minyak sawit Malaysia susut kepada 1.52 juta tan metrik pada akhir Mei
Data MPOB menunjukkan stok minyak sawit susut 7.37% daripada April kepada 1.52 juta tan metrik.
Langkah benar keluar KWSP bantu rakyat teruskan kelangsungan hidup
Rata-Rata ahli UMNO yang menyokong langkah itu berkata pengeluaran tersebut juga mampu membantu rakyat meneruskan kelangsungan hidup.
Jualan Proton melonjak 107 peratus pada Februari 2022
9,225 unit terjual di peringkat domestik dan eksport bulan lepas, sekali gus berada semula di kedudukan kedua dari segi jualan automotif.
Pengeluaran KWSP perlu berteraskan alasan ekonomi yang kukuh - MIER
KWSP tidak dirangka untuk menangani bencana dan pandemik.