awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
JKSB terima dua pengiktirafan MBOR untuk sistem Pengurusan Trafik AI Pintar
Agong lawat dua pusat pembuatan pertahanan teknologi canggih di Abu Dhabi
Peniaga di destinasi pelancongan diingatkan tidak naikkan harga, tipu sukatan
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Pengeluaran KWSP setiap kali bencana bukan tindakan bijak - NUBE

Hafizi Rosli
Hafizi Rosli
04/01/2022
03:27 MYT
Pengeluaran KWSP setiap kali bencana bukan tindakan bijak - NUBE
Setiausaha Agung NUBE, J Solomon berpandangan, skim dan insentif yang diumumkan sebelum ini boleh membantu mangsa banjir. - Gambar fail
KUALA LUMPUR: Membenarkan pengeluaran lanjut simpanan Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) setiap kali bencana bukanlah satu pendekatan yang bijak.
Itu tegas Kesatuan Kebangsaan Pekerja-Pekerja Bank (NUBE) yang mengalu-alukan ketegasan kerajaan tidak membenarkan pengeluaran dana persaraan itu meskipun didesak ahli-ahli politik tertentu.
Dalam satu kenyataan pada Selasa, Setiausaha Agung NUBE, J Solomon berpandangan, skim dan insentif yang diumumkan sebelum ini boleh membantu mangsa banjir.
Namun, sekiranya ia tidak mencukupi, NUBE berpendapat, kerajaan boleh menambah peruntukan sumber dengan sewajarnya dan bukannya bergantung kepada dana persaraan semata-mata.
NUBE juga berharap ahli-ahli politik yang mendesak pengeluaran KWSP ini perlu tahu bahawa tabung persaraan pekerja telah merosot dengan ketara akibat pengeluaran yang dibuat dalam dua tahun lepas akibat wabak COVID-19.
Ia termasuk kemudahan pelbagai pengeluaran diluluskan di bawah skim i-Lestari, iSinar dan i-Citra yang mengakibatkan dana persaraan sebahagian besar golongan B40 terjejas.
Kata Solomon, sekitar 3.6 juta ahli mempunyai kurang RM1,000 dalam simpanan mereka.
Justeru, NUBE berharap kerajaan pimpinan Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob tidak mengulangi kesilapan-kesilapan sebelum ini dan menyediakan tindakan segera untuk gaji sara hidup yang baik bagi pekerja.
Topic Berkaitan
#KWSP
#banjir
#NUBE
#pengeluaran
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan