KOTA KINABALU: Pengembara yang tiba dari negara yang dikenakan sekatan perjalanan sementara atau mempunyai sejarah perjalanan dalam tempoh 14 hari dari negara berkenaan dibenarkan masuk ke Sabah tetapi perlu mematuhi syarat yang ditetapkan kerajaan negeri.
Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan Sabah Datuk Masidi Manjun berkata mereka perlu melakukan ujian pengesanan COVID-19 (RT-PCR) dua hari sebelum berlepas dari negara-negara tersebut.
"Pengembara juga diminta mengisi borang pengisytiharan e-kesihatan (eHDF) dan mereka yang tidak memenuhi kriteria untuk masuk ke Sabah perlu mendapatkan kelulusan khas daripada Pejabat Hal Ehwal Dalam Negeri dan Penyelidikan (PHEDNP) dengan merujuk kelayakan melalui laman sesawang PHEDNP di https://phednp.wbcsite.com/website.
"Selain itu, ujian RT-PCR semasa ketibaan di Pintu Masuk Antarabangsa (PMA) Pertama ke Malaysia juga diperlukan dan menjalani kuarantin wajib selama 14 hari di stesen kuarantin yang ditetapkan di PMA Pertama tanpa mengira status vaksinasi," katanya dalam kenyataan hari ini.
Masidi yang juga jurucakap rasmi COVID-19 negeri berkata mereka juga tidak dibenarkan menjalani kuarantin di rumah selain tidak dibenarkan meneruskan perjalanan ke Sabah atau ke destinasi lain di Sabah sehingga lengkap tempoh kuarantin.
Beliau berkata keputusan ujian RT-PCR pada hari ke-10 juga adalah negatif sebelum mereka diberi kebenaran penamatan kuarantin, penilaian risiko pada hari ke-14 dan lanjutan kuarantin sekiranya perlu.
Dalam pada itu, Masidi menasihatkan orang ramai supaya terus mematuhi semua prosedur operasi standard (SOP) semasa menyambut perayaan Hari Natal atau semasa bercuti bersama keluarga.
Beliau berkata seluruh daerah di Sabah mencatatkan perubahan angka kes positif COVID-19 yang tidak statik dengan jumlah catatan sebanyak 75 kes daripada saringan kontak rapat hari ini yang menunjukkan kurangnya pengamalan SOP.
Katanya jumlah kes positif baharu COVID-19 pada hari ini adalah 168 kes menjadikan jumlah kumulatif 239,355 kes dengan satu kes kematian dilaporkan di Kota Belud.
-- BERNAMA
Bernama
Fri Dec 24 2021

Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan Sabah Datuk Masidi Manjun berkata mereka perlu melakukan ujian pengesanan COVID-19 (RT-PCR) dua hari sebelum berlepas dari negara-negara tersebut. - Gambar fail/BERNAMA

WHA | Malaysia sebagai Naib Presiden Perhimpunan
Malaysia akan mengambil tempat sebagai Naib Presiden Perhimpunan Kesihatan Sedunia (WHA) secara rasmi pada Ahad.

10 Berita Pilihan - (22 Mei 2022)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.

Australia Memilih | Bekas koperal polis dari Johor menang di Tangney
Berasal dari Johor, bekas anggota Polis Diraja Malaysia, Sam Lim menang di kerusi Parlimen Tangney, di Perth, Australia dalam pilihan raya pada Sabtu. Kemenangan mengejut itu menyaksikan calon Parti Buruh itu berjaya mengatasi Ben Morton, calon Parti Liberal dan sahabat rapat kepada bekas Perdana Menteri Scott Morrison.

Menuju Fasa Endemik | Yayasan AIDS Malaysia komited tingkat usaha perangi HIV
Yayasan AIDS Malaysia (MAF) komited dalam usaha menangani peningkatan kes penyakit HIV dan AIDS selepas negara beralih ke fasa endemik. Pengerusinya, Prof Datuk Dr Adeeba Kamarulzaman berkata, sebelum ini pihaknya mengalami kekangan untuk melaksanakan program berkaitan berikutan memberi laluan kepada mereka yang terlibat untuk membantu memerangi pandemik COVID-19.

Pembelian Aset | Tiada tempat untuk rasuah, ketirisan, pembaziran
Kementerian Pertahanan memberikan sepenuhnya kuasa kepada pihak Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM), Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) dan Tentera Darat Malaysia (TDM) dalam menentukan hal-hal berkaitan pembelian aset baharu mereka pada masa depan. Menterinya, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein berkata, ia bagi memastikan tidak berlaku sebarang ketirisan, pembaziran atau aktiviti rasuah dalam membekalkan sumber kewangan kepada ketiga-tiga agensi berkenaan.

Mikromobiliti | Garis panduan kenderaan mikromobiliti akan diumumkan
Garis panduan berhubung penggunaan kenderaan mikromobiliti akan diumumkan tidak lama lagi. Demikian jelas Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Wee Ka Siong berhubung isu penggunaan kenderaan itu yang sering diperdebatkan pelbagai pihak.

Pemilihan PKR Sabah, Sarawak, Perak berlangsung lancar, terkawal
Pemilihan PKR 2022 peringkat negeri secara fizikal di Sabah, Sarawak dan Perak berakhir hari ini, dengan keseluruhannya berlangsung dalam keadaan terkawal.

Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut antara berita paling menjadi tumpuan sepanjang Ahad, 22 Mei 2022.

Khairy Jamaluddin dilantik Naib Presiden WHA ke-75
Khairy Jamaluddin secara rasmi dilantik sebagai salah seorang Naib Presiden Perhimpunan Kesihatan Sedunia (WHA) ke-75 pada Ahad.

Krisis Palestin | Bukan hanya isu agama, tetapi isu kemanusiaan
Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Senator Datuk Idris Ahmad berkata, sudah bertahun lamanya rakyat Palestin dinafikan hak untuk duduk di tanah air sendiri dan usaha membebaskan mereka perlu diteruskan dari semasa ke semasa.

WHO beri ingatan, COVID-19 belum berakhir
Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) memberi ingatan bahawa pandemik COVID-19 masih belum berakhir.

MAF komited tangani peningkatan kes HIV, AIDS - Dr Adeeba
Sebelum ini MAF alami kekangan untuk melaksanakan program berkaitan berikutan banyak pihak yang terlibat membantu memerangi COVID-19.

Tidak pernah dijangkti COVID-19... Ada penjelasan sains atau sekadar bernasib baik?
Apabila dijangkiti, terdapat perbezaan tindak balas imun individu terhadap SARS-CoV-2 yang memainkan peranan dalam menentukan tahap gejala.

COVID-19: Tiada respons dari Korea Utara terhadap tawaran vaksin AS
Korea Utara menolak tawaran vaksin daripada Covax serta dari Korea Selatan, malah dilaporkan turut menolak beberapa tawaran bantuan lain.

COVID-19: Lebih 1.1 juta kanak-kanak di Malaysia lengkap vaksinasi
Sebanyak 1,671,828 kanak-kanak berusia lima hingga 11 tahun telah menerima sekurang-kurangnya satu dos vaksin.

Tempoh sektor pelancongan pulih bergantung pembukaan sempadan luar
Tempoh sektor pelancongan negara untuk kembali pulih seperti sebelum pandemik COVID-19 bergantung kepada pembukaan sempadan negara luar.

MAIS tetap pendirian tamat kontrak guru KAFA tolak vaksin
Majlis Agama Islam Selangor (MAIS) tetap dengan pendirian mereka dengan isu penamatan kontrak guru Kelas Agama dan Fardu Ain (KAFA) susulan menolak pengambilan vaksin COVID-19.

1,099,250 kanak-kanak lengkap vaksinasi COVID-19 setakat semalam
Sebanyak 1,665,098 kanak-kanak atau 46.9 peratus daripada kumpulan itu telah menerima sekurang-kurangnya satu dos vaksin.

COVID-19 di China: Shanghai catat kes baharu selepas lima hari sifar kes
Ia sekali gus mencetuskan kemungkinan akan berlaku sekatan dan ujian saringan besar-besaran di satu-satu daerah.

Ayah meninggal dunia pada hari akhir peperiksaan, pelajar USM ini fokus peroleh kecemerlangan
"Ia adalah kehendak ayah yang mahu anak-anaknya berjaya walaupun dia sudah tiada di sisi kami."