KUALA LUMPUR: Sikap kalangan pengemis yang semakin berani dan adakalanya bertindak agresif menimbulkan kebimbangan umum, apatah lagi kini semakin ramai dilihat berkeliaran di jalanan khususnya di sekitar ibu kota.
Walaupun akur pandemik COVID-19 mungkin menyebabkan ramai yang ditimpa kesusahan ekoran desakan ekonomi, namun timbul persoalan mengapa aktiviti mengemis yang kebanyakannya dimonopoli warga asing dibiarkan berleluasa sehingga menyebabkan ketidakselesaan dan menggugat keharmonian setempat.
Berkongsi pandangan, pembantu peribadi di sebuah syarikat swasta, Vimala Arumugam, 44, berpendapat pengemis kini dilihat mempunyai cara baharu, apabila mula menggunakan elemen desakan dan paksaan ketika mendekati 'sasaran' sehingga menimbulkan rasa tidak selesa.
"Mereka datang ketika kita sedang makan di restoran dan ada antara mereka yang tidak akan beredar sehingga menerima wang. Kegiatan ini seolah-olah satu 'pattern' baharu, sedangkan kita tidak pernah terapkan perkara sebegini dalam masyarakat.
"Tambahan sekarang dengan COVID-19 dan kes pun semakin naik. Kita bimbang keselamatan semua pihak kerana kita tidak tahu dengan siapa mereka (pengemis) berjumpa. Jadi risiko itu ada, dan bahaya," katanya.
Petugas syarikat perundingan tempatan di Ampang, Mohd Fadli Adamsah, 36, pula mengaku cubaan beliau untuk menghulurkan bantuan berbentuk makanan pernah ditolak oleh pengemis yang sebaliknya mendesak beliau memberi bantuan wang tunai.
"Mereka seolah-olah diberi arahan untuk paksa dan menakutkan orang awam untuk mendapatkan duit. Ada juga yang sanggup menarik baju, tangan, bahkan mengugut orang awam," katanya yang yakin kegiatan itu didalangi sindiket.
Seorang peniaga kedai minuman di sekitar perkarangan Kompleks Sogo, Yong K.H, 77, pula mengakui kedainya sering dikunjungi pengemis warga asing sehinggakan adakalanya jumlah pengemis melebihi jumlah pelanggan.
"Mereka datang tak tentu masa, tapi kebiasaannya antara pukul 1 petang hingga 3 petang khususnya pada hari Ahad ketika ramai orang beriadah pada hujung minggu. Kalau ada ramai orang, maka itulah lokasi tumpuan, lubuk rezeki bagi mereka," katanya.
Beliau yang sudah menetap di ibu negara sejak 1966 turut berkongsi pengalaman mengenai kegiatan pengemis kota yang dilihat meningkat dengan begitu ketara dan semakin keruh apabila aktiviti itu didominasi oleh warga asing.
"Pada zaman 1970-an mengemis ini selalunya dilakukan oleh warga tempatan, tetapi sekarang sudah menjadi sebaliknya. Sekarang kita sendiri sudah susah untuk membezakan pengemis asing dan tempatan kerana mereka (warga asing) memakai pakaian yang sama, bahkan adakalanya lebih bergaya," katanya.
Pemilik restoran masakan Melayu, Muhammad Abu Bakar, 65, pula menganggap pengemis yang mengunjungi restorannya sebagai satu rezeki selain memang beliau berniat memberi mereka makan.
"Mereka berlegar-legar di kawasan awam - itu adalah antara mereka dan pihak berkuasa, tetapi antara mereka dengan saya, saya perlu bantu kerana mereka golongan yang memerlukan," katanya yang sudah lima tahun berniaga di Taman Putra Sulaiman, Ampang.
Pengalaman dengan pengemis jalanan juga banyak dikongsi netizen di ruangan maya masing-masing, antaranya pengguna Twitter nunnie.@slpysssy, yang mempersoalkan sistem perundangan negara yang sedia ada.
"Saya pernah mengalaminya sebelum ini, kita okey je kalau dia minta secara baik, tapi ini siap paksa jerkah kita balik, ada tu ketuk tingkap kereta minta jumlah (wang) tertentu. Ada ke akta, atau sebarang tindakan yang wajar untuk perkara macam ni?" soalnya.
Selain itu, jiqa.@nhashtaging pula membuat ciapan berbunyi: "Kebanyakkannya area KL yang selalu jadi lubuk. Mereka pantang kalau kita pegang benda yang dijual, macam tisu ke, surah surah quran, tasbih ke, dia akan anggap kita nak beli terus, haih," luahnya pada bebenang di Twitter.
Tidak kurang yang meluahkan rasa risau tentang keselamatan anak-anak pengemis termasuk Faridah@faridahisa208 yang berharap agar pergerakkan mereka serta penjaga dipantau oleh pihak bertanggungjawab.
"Pihak berkuasa perlu pantau pergerakan kanak-kanak ini supaya boleh kesan penjaga mereka, penjaga mereka bertanggungjawab atas kelakuan dan apa yang terjadi dekat kanak-kanak ni," kongsinya.
-- BERNAMA
Bernama
Sat Feb 19 2022
Pengemis bijak mencari lokasi strategik yang menjadi tempat tumpuan awam seperti bank, kedai makan dan kawasan parkir untuk meraih simpati ketika tinjauan di sekitar ibu kota, 17 Feb 2022. --fotoBERNAMA
Bangunan baharu MOM di Bukit Jalil diharap jadi motivasi tingkat prestasi atlet - Ahmad Zahid
Beliau berkata pembinaan bangunan baharu itu telah dipersetujui Menteri Belia dan Sukan Hannah Yeoh, bagi pihak kerajaan.
Aaron-Wooi Yik Olimpian Tahunan 2024
Ia mengiktiraf pencapaian luar biasa mereka menyumbang pingat gangsa selepas menewaskan Kim Astrup-Anders Skaarup Rasmussen.
Berakhirnya pemerintahan Baath Syria buka jalan kepada keamanan - Erdogan
Erdogan mengulangi komitmen Turkiye untuk terus menyokong golongan tertindas di seluruh dunia.
Kesan kenaikan cukai import minyak sawit oleh India bersifat sementara - KPK
Kenaikan itu sebahagian daripada usaha India melindungi harga minyak tempatan dan menyokong industri pertanian domestiknya.
Ketiadaan akauntabiliti antarabangsa bolehkan Israel lakukan jenayah terhadap rakyat Palestin - PM Mustafa
Beliau berkata demikian semasa pertemuan dengan Wakil Khas Kesatuan Eropah untuk Proses Keamanan Asia Barat Sven Koopmans pada Rabu.
Qatar akan buka semula kedutaan di Damsyik selepas 13 tahun
Doha akan membuka semula kedutaannya di Syria tidak lama lagi selepas memuktamadkan pengaturan yang diperlukan.
Pusat Data Bagan Datuk bakal jadi pencetus perubahan ekonomi digital global
Ia bagi menyediakan infrastruktur kritikal untuk menyokong operasi perniagaan moden dan membuka peluang dalam sektor perkhidmatan kewangan.
Rusia: Penipu curi puluhan juta dolar melalui pusat panggilan ditahan
Penipu yang mencuri puluhan juta dolar daripada penduduk lebih 20 negara melalui tiga pusat panggilan telah ditahan di Moscow.
Protes diteruskan hingga Suk Yeol dipecat
Para penunjuk perasaan kekal mengadakan protes di bandar Seoul agar Presiden Yoon Suk Yeol dipecat daripada jawatannya.
Cubaan serbu pejabat Presiden Yoon Suk Yeol gagal
Menurut media tempatan, pihak polis tidak dapat memasuki bangunan utama kerana gagal mencapai persetujuan dengan pihak perkhidmatan rahsia mengenai kaedah penggeledahan dan penyitaan.
Polis Johor bongkar sindiket eksploitasi OKU asing jadi pengemis
Sindiket itu beroperasi sejak April lepas dan setiap pengemis OKU mampu mengutip derma mencecah RM8,000 sebulan.
Warga asing guna ubat 'tidurkan' kanak-kanak untuk mengemis
Perbuatan itu dipercayai bagi meraih simpati orang ramai sekali gus meningkatkan 'pendapatan' warga asing terbabit.
Semak latar belakang sebelum beri sedekah - Nancy
Orang awam dinasihat agar menyemak latar belakang penerima sebelum menghulurkan bantuan atau sedekah terutama sepanjang bulan Ramadan.
Pihak berkuasa Filipina beri amaran sindiket pengemis guna kod QR
Foto seorang budak lelaki mengemis di ibu negara Filipina menggunakan kod QR tular di media sosial, mendorong sebuah badan kerajaan mengeluarkan amaran.
Main kasar! Taktik baharu pengemis ibu kota
Mereka didakwa menggunakan kekerasan sekiranya seseorang itu tidak mahu memberikan wang atau mahu melaporkan kepada pihak berkuasa.
Warga Thailand dakwa mengemis untuk ubat penyakit anak
Wanita berusia 46 tahun itu mendakwa berstatus ibu tunggal kepada dua anak perempuan berusia 18 dan 22 tahun selepas kematian suami lebih sembilan tahun lalu.
Pengemis 'buta' bertongkat larikan diri diekori JKM
Individu dipercayai menyamar mengalami kecacatan penglihatan itu melarikan diri sebaik sahaja menyedari dirinya diekori.
Sabah sedia Pusat Perlindungan Sementara atasi masalah kanak-kanak mengemis - Hajiji
Pusat perlindungan berkenaan dijangka mula beroperasi pada penghujung tahun ini.
80 peratus pengemis di Kelantan adalah penerima bantuan JKM
Hampir 80 peratus pengemis dan peminta sedekah yang ditahan di Kelantan adalah penerima bantuan bulanan daripada Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM).
13 termasuk lima warga asing ditahan mengemis di Kota Bharu - JKM
Bagi warga tempatan yang ditahan, mereka diminta supaya menandatangani Surat Aku Janji dan dihalang untuk berbuat demikian lagi.