MALAYSIA
Pengendali paramotor jatuh di sawah selepas terlanggar kabel elektrik
Tangkap layar video tular menunjukkan pengendali paramotor ketika melanggar kabel elektrik TNB pada Ahad.
MELAKA: Seorang pengendali paramotor terjatuh daripada ketinggian 30 meter selepas terlanggar kabel elektrik Tenaga Nasional Berhad (TNB) ketika mengendalikan kenderaan itu di kawasan sawah di KampungKu Sayang Bukit Baru di sini semalam.
Ketua Polis Daerah Melaka Tengah ACP Christopher Patit berkata insiden itu berlaku pada kira-kira 8.40 pagi dipercayai akibat masalah teknikal yang dialami paramotor terbabit sempena Program Larian Budaya Antarabangsa Duyong Kita 2025.
Bagaimanapun, beliau berkata pengendali paramotor hanya luka kecil di bahagian muka manakala kenderaan tersebut mengalami kerosakan kecil dan insiden itu tidak mendatangkan apa-apa kecederaan kepada orang awam.
"Dilaporkan semalam, terdapat sebanyak empat paramotor dari kelab Negeri Selangor berserta kelengkapan acara sukan lasak itu telah hadir ke program terbabit di Stadium Tun Fatimah.
"Ketika mengendalikan paramotor itu, satu daripada paramotor terbabit mengalami masalah teknikal sebelum terjatuh daripada ketinggian 30 meter ke dalam sawah berhampiran kawasan stadium itu," menurutnya dalam kenyataan sini hari ini.
Christopher berkata pihak TNB telah hadir ke lokasi kejadian dan memeriksa kabel elektrik yang dilanggar oleh paramotor berkenaan dan mendapati tiada kerosakan berlaku.
Semalam, tular video berdurasi lebih 10 saat memaparkan insiden itu yang dirakam oleh peserta program berkenaan.
-- BERNAMA