awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Lelaki Perancis dan dua rakan bebas tuduhan edar, miliki dadah
Langgar syarat hiburan, penganjur Makar Fest XL berdepan penalti RM30,000
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Pengerusi koperasi direman bersubahat tuntutan palsu RM20.3 juta

Adie Sufian Zulkefli
Adie Sufian Zulkefli
16/01/2023
02:45 MYT
Pengerusi koperasi direman bersubahat tuntutan palsu RM20.3 juta
Seorang pengerusi koperasi di negeri Kedah direman enam hari hingga 21 Januari bagi membantu siasatan berhubung tuntutan palsu berjumlah kira-kira RM20.3 juta insentif pembayaran Projek Penternakan Lembu Tenusu.- Gambar Astro AWANI
ALOR SETAR: Seorang pengerusi koperasi di negeri Kedah direman enam hari hingga 21 Januari bagi membantu siasatan berhubung tuntutan palsu berjumlah kira-kira RM20.3 juta insentif pembayaran Projek Penternakan Lembu Tenusu.
Perintah reman itu dikeluarkan Majistret Muhammad Zul Hilmi Latif, selepas membenarkan permohonan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) di Mahkamah Majistret Alor Setar, hari ini.
Terdahulu, suspek diiringi pegawai SPRM tiba di Lokap Mahkamah kira-kira jam 8.50 pagi tadi.
Sebelum itu, suspek ditahan pada jam 3 petang Ahad (semalam) di Pejabat SPRM Kedah selepas hadir untuk memberi keterangan.
Menurut sumber, penahanan tersebut ekoran maklumat mengatakan suspek telah bersubahat dengan pengarah dan pemilik dari dua buah syarikat pada tahun 2015 mengemukakan tuntutan palsu berkaitan insentif pembayaran Projek Penternakan Lembu Tenusu di bawah Kluster Tenusu Entry Point Project 13 (EPP 13) Economy Transformation Plan (ETP) yang bernilai sebanyak RM20.3 juta kepada Jabatan Perkhidmatan Veterinar sedangkan tiada pembekalan dibuat.
Minggu lalu, pengarah dan pemilik sebuah syarikat telah direman bagi membantu siasatan SPRM berkaitan kes terbabit.
Sementara itu, Pengarah SPRM Kedah, Datuk Shaharom Nizam Abd Manap mengesahkan penahanan suspek berkenaan mengikut Seksyen 18 Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia 2009.
Topic Berkaitan
#tuntutan palsu
#reman
#SPRM
#pengerusi koperasi
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan