Pengerusi MyWatch Sanjeevan ditahan

Bernama
Ogos 11, 2016 14:16 MYT
Sanjeevan (gambar) ditahan pada 4.05 petang di kawasan parkir sebuah hotel di Putrajaya. -Gambar fail
Pengerusi Pasukan Bertindak Pemantau Jenayah Malaysia (MyWatch) Datuk R. Sri Sanjeevan ditahan lagi hari ini
berhubung siasatan kes memeras ugut seorang ahli perniagaan pada 2013.
Ketua Penolong Pengarah D7 Bukit Aman, Datuk Roslee Chik berkata Sanjeevan ditahan pada 4.05 petang di kawasan parkir sebuah hotel di Putrajaya.
Katanya, Sanjeevan, 32, akan dituduh di Mahkamah Tinggi Temerloh, Pahang esok mengikut Seksyen 384 Kanun Keseksaan.
"Sebanyak 20 kertas siasatan dibuka berhubung kes ini," katanya ketika dihubungi Bernama.
#MyWatch #Pasukan Bertindak Pemantau Jenayah Malaysia #Roslee Chik #Sri Sanjeevan