MALAYSIA
Pengerusi, setiausaha persatuan kuil direman kes seleweng duit
Majistret membenarkan permohonan reman oleh SPRM Melaka terhadap kedua-dua lelaki berkenaan berusia 61 dan 75 tahun itu. - Gambar hiasan
MELAKA: Dua lelaki masing-masih pengerusi, dan setiausaha sebuah persatuan kuil di negeri ini direman enam hari bermula hari ini hingga 23 Jun bagi membantu siasatan penyelewengan duit sebanyak RM50,000, tahun lepas.
Ringkasan AI
- Dua lelaki, pengerusi dan setiausaha sebuah persatuan kuil di Melaka, direman enam hari bagi membantu siasatan penyelewengan wang persatuan sebanyak RM50,000 yang berlaku tahun lepas.
- Mereka disiasat di bawah Seksyen 23 Akta SPRM 2009 kerana disyaki menyalahgunakan kuasa dengan mengeluarkan wang tanpa kelulusan atau pembentangan dalam mesyuarat jawatankuasa.
- Wang tersebut dipercayai digunakan untuk tujuan peribadi, dan tangkapan serta permohonan reman disahkan oleh Pengarah SPRM Melaka.
Majistret Uthman Abd Ghani membenarkan permohonan reman oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Melaka terhadap kedua-dua lelaki berkenaan berusia 61 dan 75 tahun itu bagi membantu siasatan di bawah Seksyen 23 Akta SPRM 2009.
Sumber memaklumkan mereka ditahan 11.45 pagi semalam ketika hadir ke Pejabat SPRM Melaka bagi membantu siasatan kes berkaitan penyalahgunaan kuasa dan kedudukan dengan mengeluarkan wang persatuan tanpa sebarang kelulusan atau pembentangan dalam mesyuarat ahli jawatankuasa.
Wang itu dipercayai digunakan untuk kegunaan peribadi.
Sementara itu, Pengarah SPRM Melaka Adi Supian Shafie ketika dihubungi mengesahkan tangkapan dan reman berkenaan.
-- BERNAMA