awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Pemangku Presiden Venezuela lantik menteri pelancongan baharu
Lawatan Modi serlah usaha strategik India ke Asia Tenggara
WHO mohon AS$1 bilion tangani krisis kesihatan global pada 2026
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Pengerusi SPR nafi hadir ke rumah bekas PM, lempar kata kesat

Bernama
Bernama
18/05/2018
13:26 MYT
Pengerusi SPR nafi hadir ke rumah bekas PM, lempar kata kesat
Mohd Hashim berkata satu laporan kepada pihak berkuasa akan dibuat terhadap pengendali laman Facebook berkenaan kerana telah memfitnah dengan niat jahat terhadap beliau. - Gambar fail
Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) Tan Sri Mohd Hashim Abdullah menafikan beliau telah hadir ke kediaman bekas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak dan mengeluarkan kenyataan kesat terhadap wartawan yang membuat liputan di situ.
Beliau menyelar tindakan tidak bertanggungjawab dua pengendali laman sosial Facebook terbabit .
"Ini adalah fitnah dan berniat jahat. Artikel tersebut disiarkan oleh kedua-dua laman sosial Facebook berkenaan semalam dengan menggunakan gambar serta video seseorang yang mirip saya.
"Akibat daripada tindakan tersebut menyebabkan saya telah difitnah dan orang ramai dihasut serta didorong untuk mengeluarkan kata-kata jelik kepada saya yang juga boleh menimbulkan ancaman keselamatan kepada saya," katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.
Sehubungan itu, Mohd Hashim berkata satu laporan kepada pihak berkuasa akan dibuat terhadap pengendali laman Facebook berkenaan kerana telah memfitnah dengan niat jahat terhadap beliau.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Facebook
#laman sosial
#Mohd Hashim Abdullah
#Najib Razak
#Perdana Menteri
#pilihan raya
#SPR
#Suruhanjaya Pilihan Raya
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan