awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Festival Kraf Johor 2025: MOTAC sasar nilai jualan RM9.8 juta
Yen naik ke paras melebihi 155 berbanding dolar AS susulan kebimbangan campur tangan mata wang
SHMMP: KPDN Johor catat 354 kes
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Pengetua didakwa hantar mesej seksual kepada pelajar disiasat

Bernama
Bernama
19/11/2019
15:04 MYT
Pengetua didakwa hantar mesej seksual kepada pelajar disiasat
Ibu bapa pelajar yang menerima mesej daripada pengetua berkenaan mendakwa sudah membuat laporan polis pada awal bulan ini. - Gambar hiasan
Jabatan Pendidikan Negeri Sabah telah menyiasat dakwaan seorang pengetua sebuah sekolah di sini menghantar mesej berunsur seksual kepada pelajar.
Menteri Pelajaran dan Inovasi Sabah Datuk Dr Yusof Yacob berkata setakat ini dakwaan membabitkan pengetua berkenaan yang dibuat oleh pelajar terlibat, dalam proses siasatan di bawah Jawatankuasa Tindakan Tatatertib jabatan itu.
"Tindakan seterusnya akan diambil berdasarkan hasil siasatan itu dan setakat ini beliau belum menerima hasil siasatan," katanya ketika ditemui pemberita di Dewan Undangan Negeri Sabah di sini, hari ini.
Beliau diminta mengulas laporan sebuah akhbar nasional pada Ahad lepas yang melaporkan keluarga pelajar terlibat mahu siasatan dilakukan terhadap tindakan pengetua berkenaan.
Ibu bapa pelajar yang menerima mesej daripada pengetua berkenaan mendakwa sudah membuat laporan polis pada awal bulan ini.
Yusof berkata setakat ini pengetua berkenaan masih bertugas dan tindakan akan diambil berdasarkan hasil siasatan yang dijalankan dengan kerjasama pihak polis.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Jabatan Pendidikan Negeri Sabah
#Jawatankuasa Tindakan Tatatertib
#laporan polis
#mesej berunsur seksual
#pengetua sekolah
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan