awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Piala Malaysia: Kelantan Red Warrior lengkapkan senarai 16 pasukan
Perancis rancang larang media sosial untuk golongan bawah 15 tahun
Struktur organisasi baharu sokong agenda peralihan tenaga, tingkat penyampaian - ST
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Pengetua lega dengan keputusan bomba

Bernama
Bernama
22/09/2017
13:55 MYT
Pengetua lega dengan keputusan bomba
Susulan kebakaran yang mengorbankan 21 pelajar dan dua guru tahfiz itu, tujuh remaja ditahan bagi membantu siasatan. - Gambar fail
Hasil siasatan Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) yang mendapati kebakaran Pusat Tahfiz Darul Quran Ittifaqiyah di sini disebabkan unsur khianat boleh membersihkan nama baik pusat tahfiz berkenaan, kata Pengetuanya Mohd Zahid Mahmood.
"Sebelum ini kami dikecam, dilemparkan pelbagai tuduhan. Malah pusat tahfiz lain juga menjadi sasaran kononnya tidak mengutamakan aspek keselamatan. Saya tidak marah dan menerima segala kecaman kerana tahu Allah SWT akan memberikan pertolongan kepada kami.
"Mustahil kami mengabaikan keselamatan anak-anak ini kerana kami bertanggungjawab menjaga mereka dengan baik kerana ia adalah amanah ibu bapa mereka kepada kami," katanya kepada pemberita hari ini.
Beliau diminta mengulas kenyataan Ketua Pengarah JBPM, Datuk Wan Mohd Nor Ibrahim semalam bahawa kebakaran pusat itu disebabkan sengaja dibakar.
Seramai 21 pelajar dan dua guru yang juga warden pusat itu terkorban akibat terperangkap di asrama pusat itu pada 5.15 pagi Khamis 14 Sept lepas.
Susulan itu tujuh remaja ditahan bagi membantu siasatan.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Amanah
#bomba
#kebakaran
#keselamatan
#mohd zahid mahmood
#pengetua
#pusat tahfiz
#Pusat Tahfiz Darul Quran Ittifaqiyah
#siasatan
#Wan Mohd Nor Ibrahim
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan