awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Dua rentung: Kebakaran dilakukan anak mangsa - Polis
Pemasangan pengecas EV perlu strategik, kerajaan digesa atasi isu sambungan grid
Ketibaan pelancong asing ke Thailand turun 7.25%, Malaysia kekal penyumbang utama
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Penggabungan UMT-UniSZA tidak diteruskan - Menteri Pengajian Tinggi

Bernama
Bernama
22/05/2020
08:44 MYT
Penggabungan UMT-UniSZA tidak diteruskan - Menteri Pengajian Tinggi
Penggabungan UMT dan UniSZA juga akan memadamkan kejayaan yang telah dicapai dalam mencipta identiti selama ini.
Rancangan penggabungan antara Universiti Malaysia Terengganu (UMT) dan Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA) tidak akan diteruskan, kata Menteri Pengajian Tinggi Datuk Dr Noraini Ahmad.
Dalam satu kenyataan hari ini, beliau berkata keputusan mesyuarat jemaah menteri itu dibuat setelah mengambil kira beberapa faktor dan cabaran semasa.
Antaranya perbezaan fokus tujahan yang ketara, penyelarasan fakulti akademik dan institusi penyelidikan sedia ada, dan tahap ketersediaan warga kedua-dua buah universiti itu dalam membentuk satu identiti tersendiri bagi universiti baharu, katanya.
"Penggabungan UMT dan UniSZA juga akan memadamkan kejayaan yang telah dicapai dalam mencipta identiti dan mengembangkan fokus tujahan masing-masing hingga ke peringkat antarabangsa," katanya.
Noraini berkata penggabungan tersebut turut dijangka melibatkan kos yang tinggi.
Beliau berkata kementerian mengambil serius pandangan setiap warga universiti dalam melaksanakan penggabungan tersebut dan telah meneliti implikasi jika penggabungan itu diteruskan terutamanya terhadap pembangunan pelajar bagi kedua-dua universiti.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#batal
#dibatalkan
#Malaysia
#menteri
#pelajar
#penggabungan
#tidak diteruskan
#umt
#UniSZA
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan