awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
AS bina rizab strategik pertama mineral kritikal - Trump
Hamas sedia serah pentadbiran Gaza kepada Jawatankuasa Kebangsaan
Gambar, video Zara Qairina bersama pelajar A dalam keadaan ceria dipapar di Mahkamah Koroner
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Pengganggur mengaku tidak bersalah pukul penghantar makanan dengan penukul besi

Dewi Nur Harasha Alias
Dewi Nur Harasha Alias
23/04/2021
04:29 MYT
Pengganggur mengaku tidak bersalah pukul penghantar makanan dengan penukul besi
Tertuduh Muhammad Aslam Hashim mengaku tidak bersalah dan minta dibicarakan. - Gambar Astro AWANI
GEORGE TOWN: Seorang pengganggur didakwa di Mahkamah Majistret George Town hari ini atas pertuduhan mencederakan seorang penghantar makanan dengan penukul besi, Selasa lepas.
Bagaimanapun, tertuduh Muhammad Aslam Hashim, mengaku tidak bersalah dan minta dibicarakan selepas pertuduhan dibacakan di hadapan Majistret Jamaliah Abd Manap pagi tadi.
Mengikut pertuduhan, lelaki berusia 31 tahun itu didakwa memukul kepala Koay Eng Tat, 40, dengan penukul besi.
Perbuatan itu dilakukan di pangsapuri di Blok P, Desa Permai Indah, Jalan Helang, Sungai Dua, Pulau Pinang sekitar pukul 4 petang 20 April lepas.
Pertuduhan terhadapnya dilakukan mengikut Seksyen 324 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum 10 tahun atau denda atau sebat atau kedua-duanya jika sabit kesalahan.
Kes dikendalikan Timbalan Pendakwaraya, Yazid Mustaqim Roslan manakala tertuduh tidak diwakili peguam.
Mahkamah membenarkan tertuduh diikat jamin sebanyak RM4,000 dengan seorang penjamin dan menetapkan 25 Mei depan sebagai tarikh penyerahan dokumen serta lantikan peguam.
Dalam kejadian pukul 4.10 petang itu, Koay Eng Tat menerima sembilan jahitan di kepala selepas dipukul dengan penukul besi oleh tertuduh.
Sewaktu kejadian, Eng Tat menghantar makanan yang di pesan isteri tertuduh namun berlaku pertengkaran mulut antara mereka berdua berkaitan penghantaran makanan.
Lelaki itu menuduh mangsa memarahi isterinya berkaitan penghantaran makanan sebelum bertindak memukul kepala mangsa dengan menggunakan penukul besi
Sebelum itu, penghantar makanan berkenaan menunggu kira-kira 10 minit dan menelefon isteri suspek beberapa kali untuk mengambil makanan yang dipesan.
Beberapa minit selepas menghantar makanan itu, mangsa dihubungi semula oleh suspek kononnya bagi meminta penjelasan mengenai makanan yang dihantar.
Topic Berkaitan
#mangsa
#suspek
#mahkamah
#penjara
#rider
#pengganggur
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan